Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada pilihan raya
umum (PRU) akan datang.
Ramalan tersebut berdasarkan cadangan persempadanan
semula kawasan pilihan raya kali ini.
Sejarah menunjukkan bahawa setiap kali dibuat
persempadanan, BN akan mencatat kemenangan besar.
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr
Mohammad Redzuan Othman berkata, kemenangan yang dicapai BN pada 2004,
kebanyakan orang anggap bersebab dengan faktor Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad
Badawi) semata-mata.
"Sebenarnya tidak. Pak Lah hanyalah salah satu
faktor. Pada PRU 2004, banyak kerusi yg dimenangi pembangkang dalam PRU 1999
dirampas semula oleh BN bukan kerana faktor Pak Lah.
Sebaliknya kerana persempadanan semula," ujarnya,
memetik wawancara yang diadakan dengan Sinar Harian.
![]() |
Dr Mohammad Redzuan |
Beliau yang pernah menjawat kerusi Pengarah Pusat Kajian
Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu berkata, pada PRU
2004, ramai orang Melayu memihak kepada pembangkang berikutan peristiwa mata
lebam.
"Orang Cina pula solid kepada BN. Persempadanan 2004
dibuat dengan membanyakkan kerusi campuran dengan pengundi Melayu dan bukan
Melayu pada nisbah 60:40 atau 55:45.
Ini membawa kepada banyak kawasan campuran diwujudkan
terutama di pantai barat Semenanjung.
"Pada pilihan raya 2008, kawasan campuran memihak
kepada pembangkang (BN tewas). Jadi persempadanan yang baharu ini perlu dibuat
mengikut kelompok. Kaum Cina satu kelompok, Melayu satu kelompok,"
jelasnya.
Beliau berpendapat, apa yang sedang berlaku ini, ujar
beliau, boleh dianggap seperti satu penyelewengan dan jenis penipuan yang
dihalalkan.
"Mereka menang dengan cara yang tidak gentleman.
Saya yakin majoriti rakyat mendukung amalan demokrasi, mereka terima siapa yang
mendapat mandat rakyat, satu undi menang pun kena terima, itu kematangan
demokrasi tetapi biarlah dengan cara yang baik," tambah beliau.
Mengenai tempoh berkempen, beliau menambah, aspek itu
juga terbukti menentukan keputusan PRU.
"Antara ‘kesilapan’ besar Pak Lah ialah membenarkan
kempen 13 hari pada PRU 2008. Zaman Mahathir, hanya sembilan hari sahaja
berkempen dalam PRU 1999. Kalau tempoh berkempen dalam PRU ini dibenar dua
minggu, kerajaan Mahathir boleh tumbang pada waktu itu.
"Pada 2008, dari segi undi popular, kajian
menunjukkan sebanyak tiga peratus sokongan untuk BN menurun setiap hari pada
minggu kedua kempen. Kalau kempen pilihan raya 2008 dibuat selama 16 hari, BN
hilang lebih banyak kerusi," katanya lagi.
Baru-baru ini, susulan kritikan pada syor persempadanan
semula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan pihak berkelayakan dalam
bidang perundangan agar membuat bantahan.
Bantahan patut dibuat pada masa ditetapkan dan
"bukannya membuat tuduhan melulu" terhadap badan itu, kata Pengerusi
SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
"SPR mengalu-alukan setiap bantahan dan
representasi, namun begitu ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran
dan perundangan yang ditetapkan," katanya.
Syor persempadanan semula yang dikeluarkan didakwa hanya
memberi kelebihan kepada Umno.
Ia dikatakan boleh mengurangkan kerusi campuran akibat
peralihan pengundi, meningkatkan majoriti Melayu dan mengurangkan perwakilan
bukan Melayu di kawasan berkenaan.
‘BN akan menang besar
PRU14’
Oleh MUHAMAD
MAT YAKIM
3
OKTOBER 2016
“BN akan menang besar PRU14,” kata Prof. Datuk
Dr. Mohammad Redzuan Othman, seorang ahli akademik yang cukup dikenali
kerana hasil kajiannya yang kadang kala mencetuskan kontroversi. Kerana
bertegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban akademiknya, Mohammad
Redzuan terpaksa keluar meninggalkan biliknya sebagai Pengarah UMCEDEL (Pusat
Kajian Demokrasi & Pilihan Raya Universiti Malaya) - yang beliau sendiri
tubuhkan - apabila hasil kajiannya tidak memihak kepada pemerintah.
Begitupun, beliau tidak menoleh ke belakang
dalam memacu integriti dan kredibilitinya sebagai ahli akademik. “Akademik,
adalah mengatasi politik,” katanya kepada Editor Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM dan jurufoto, AFIQ RAZALI di pejabat Naib Canselor Universiti Selangor
(Unisel), Shah Alam, baru-baru ini.
Mohamad Redzuan kemudiannya bercakap panjang
mengenai isu-isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadi topik
panas seminggu dua ini. Beliau juga turut menyentuh beberapa isu lain dalam
pertemuan yang penuh mesra.
Bagaimana Prof.
melihat cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini?
Sejarah menunjukkan
bahawa setiap kali dibuat persempadanan, BN akan mencatat kemenangan besar.
Kemenangan yang dicapai BN pada 2004, kebanyakan orang anggap bersebab dengan
faktor Pak Lah semata-mata. Sebenarnya tidak. Pak Lah hanyalah salah satu
faktor.
Pada PRU 2004,
banyak kerusi yg dimenangi pembangkang dalam PRU 1999 dirampas semula oleh BN
bukan kerana faktor Pak Lah. Sebaliknya kerana persempadanan semula. Saya ambil
contoh bagi Dun Kajang. Mengapa Dr. Shafie Abu Bakar, (Adun Pas Kajang
1999-2004) kalah di Dun ini? Kenapa pula Kak (Datuk Seri Dr.) Wan (Azizah
Wan Ismail) di Permatang Pauh mendapat undi yang jauh merosot jika dibandingkan
dengan kemenangan yang dicapai dalam PRU 1999? Dan apa yang berlaku di
Terengganu (apabila BN mengambil alih pemerintahan negeri dari tangan Pas)?
Ternyata persempadanan
merupakan faktor yang mencorakkan keputusan yang berlaku.
Sebagai contoh di Dun
Kajang, apabila kami membuat ground mapping, didapati terdapat dua peti undi
dengan pengundi campuran yang dimasukkan dalam Dun Kajang. Peti undi ini juga
boleh dimasukkan ke dalam Dun Dusun Tua. Dalam kata lain, jika peti undi itu
boleh memenangkan BN di Dusun Tua, ia boleh dimasukkan ke Dun Dusun Tua. Kalau
boleh membantu memenangkan mereka di Dun Kajang, akan dimasukkan ke Dun Kajang.
Ini merupakan penyumbang kepada kekalahan Pas di Dun Kajang pada 2004. Walau
bagaimanapun, sejak PRU 2008, ini sudah tidak relevan kerana kawasan yang
mempunyai undi campuran tidak lagi memihak kepada BN.
Persempadanan memang
dibuat untuk memenangkan BN?
Pada PRU 2004, ramai
orang Melayu memihak kepada pembangkang berikutan Peristiwa Mata Lebam. Orang
Cina pula solid kepada BN. Persempadanan 2004 dibuat dengan membanyakkan kerusi
campuran dengan pengundi Melayu dan bukan Melayu pada nisbah 60:40 atau
55:45. Ini membawa kepada banyak kawasan campuran diwujudkan terutama di pantai
barat Semenanjung.
Pada pilihan raya
2008, kawasan campuran memihak kepada pembangkang (BN tewas). Jadi
persempadanan yang baharu ini perlu dibuat mengikut kelompok. Kaum Cina satu
kelompok, Melayu satu kelompok.
Contohnya, di
kawasan Parlimen Seputeh. Kalau dahulu (DAP) menang di situ dengan mendapat
undi yang besar, sekarang BN tidak kisah kalau DAP menang dengan mendapat undi
yang lebih besar kerana kawasan ini adalah majoriti Cina. Apa yang mereka buat
ialah beri tumpuan di Parlimen Lembah Pantai. Ini dilakukan dengan membawa
masuk kawasan polis (Bukit Aman) dicampur dengan kawasan Melayu di Pantai
Dalam. Dengan cara itu, mereka akan dapat (menang) Lembah Pantai.
Titiwangsa, sukar
untuk Pas menang balik. Bandar Tun Razak memang sukar nak dibuat persempadanan
semula atas sebab kawasan itu agak padat. Bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai,
saya boleh katakan sukar bagi pembangkang mengekalkan kerusi ini. Dengan
anggaran 6,000 undi polis Bukit Aman masuk (Lembah Pantai) dan pertambahan
pengundi baharu, harapan YB Nurul Izzah untuk mengekalkan kawasan berhadapan
laluan sukar.
Mengapa Prof. kata
begitu?
Keadaan tidak sama
dengan 2004. Kalau dahulu, apabila dibuat persempadanan, orang terima sahaja
tetapi sekarang, selain SPR, orang lain pun ada kepakaran membuat kajian.
Sebagai contoh kami juga boleh buat ground mapping sama seperti yang SPR buat
bagi mengetahui apa yang dilakukan dengan kawasan yang baru dibentuk.
Dari segi pendedahan
media, masyarakat kita juga sudah terbuka. Sebelum 2004, parti pembangkang
tidak memberi perhatian serius tentang persempadanan tetapi sekarang,
mereka sudah tahu bagaimana nak protes malah boleh membuktikan sebab mereka
tidak puas hati. Dalam soal ini, apa yang kita pentingkan adalah masyarakat
mahukan ketelusan dan keadilan.
Masyarakat boleh
menerima siapa sahaja yang menang pilihan raya, siapa yang menang akan disokong
untuk memerintah tetapi biarlah kemenangan itu diperoleh dengan cara
jujur. Kalau menang dengan cara tidak jujur, memerintah tidak mempunyai
legitimasi dan cenderung bertindak secara sewenang-wenangnya. Rakyat dikaburi
dengan alasan pemerintah sudah mendapat mandat.
Apa yang sedang
berlaku ini, bagi saya boleh dianggap seperti satu penyelewengan. Ini jenis
penipuan yang dihalalkan. Mereka akan beritahu “kami menang pilihan raya, dapat
banyak kerusi, dapat banyak undi” tetapi realitinya?
Mereka menang dengan
cara yang tidak gentleman. Saya yakin majoriti rakyat mendukung amalan
demokrasi, mereka terima siapa yang mendapat mandat rakyat, satu undi menang
pun kena terima, itu kematangan demokrasi tetapi biarlah dengan cara yang baik.
Bagaimana pula dengan
tempoh berkempen?
Selain persempadanan,
faktor lain dalam amalan demokrasi juga mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Tempoh masa berkempen juga terbukti menentukan keputusan PRU.
Antara ‘kesilapan’
besar Pak Lah ialah membenarkan kempen 13 hari pada PRU 2008. Zaman Mahathir,
hanya sembilan hari sahaja berkempen dalam PRU 1999. Kalau tempoh
berkempen dalam PRU ini dibenar dua minggu, kerajaan Mahathir boleh tumbang
pada waktu itu.
Pada 2008, dari segi
undi popular, kajian menunjukkan sebanyak tiga peratus sokongan untuk BN
menurun setiap hari pada minggu kedua kempen. Kalau kempen pilihan raya 2008
dibuat selama 16 hari, BN hilang lebih banyak kerusi.
Saya pernah membuat
kajian yang khusus tentang The Trail of Anwar Ibrahim, di mana (Datuk
Seri) Anwar Ibrahim berkempen di seluruh negara dalam PRU 2008. Hampir semua
kawasan di mana Anwar turun berkempen sama ada jatuh ataupun jika BN menang,
dengan majoriti tipis. Dari Perak, Kedah dia terus ke Pahang. Dari Pahang balik
ke Kuala Lumpur. Sebagai contoh, Parlimen Padang Rengas berkemungkinan
jatuh jika Anwar sempat berceramah kerana di kawasan tersebut. Anwar
dijadualkan berceramah di Kampung Stesyen yang mempunyai 3,000 pengundi
Cina dalam kerusi Parlimen Padang Rengas tetapi terpaksa membatalkannya pada
saat akhir kerana beliau sampai ketika jam sudah melewati pukul 12 tengah
malam. Kalau Anwar berceramah di situ malam itu, ada mungkin (Datuk Seri) Nazri
(Aziz) juga kalah. Ini adalah kelebihan ‘aura politik’ yang ada pada Anwar
Ibrahim berbanding dengan pemimpin politik yang lain.
Dengan
persempadanan ini, Lim Kit Siang pun saya percaya mungkin kalah kalau terus
bertanding di Gelang Patah. Johor, Selangor dan Negeri Sembilan paling banyak kerusi
campuran. Sekarang kerusi campuran dikurangkan (melalui persempadanan semula)
dan dibanyakkan kerusi sama ada pengundi Cina sahaja ataupun Melayu sahaja.
Ini akan mendorong
kepada berlakunya perebutan sesama parti pembangkang. DAP ambil kawasan PKR, PKR
nak bertanding mana? Kawasan Melayu pula, Pas kata itu kawasan mereka. Macam
mana pula dengan Amanah dan Bersatu? Jadi, ini akanmembantu kemenangan BN.
No comments:
Post a Comment