Thursday, May 5, 2016

PRN Sarawak - Tambahan Undi Popular Semua Kaum Untuk Barisan Nasional


Impak 'Adenan' akan menyaksikan lonjakan dalam undi popular daripada semua kaum untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, menurut penganalisis politik.

Lebih banyak pengundi akan menyokong ketua menteri popular, Tan Sri Adenan Satem yang mengemudi BN buat pertama kali dalam pilihan raya negeri selepas mengambil alih kepimpinan negeri, dua tahun lepas.

"Sudah tentu, saya tidak mengharapkan sebarang penurunan seterusnya kerana 'deman dan aura' Adenan. Beliau telah menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin bersifat rendah diri dan melaksanakan pembaharuan yang rakyat berpuas hati," kata pengulas politik, Dr Jeniri Amir.

"Sokongan untuk BN akan meningkat secara menyeluruh daripada empat kumpulan etnik utama walaupun daripada masyarakat Cina. Saya menjangka kenaikan sekurang-kurangnya enam peratus.

"Jika Adenan boleh meningkatkan undi popular terutama dalam kalangan masyarakat Cina maka ia adalah satu pencapaian yang besar," katanya.

Pada 2011, undi popular BN merosot kepada 55.4 peratus berbanding 61.8 peratus pada pilihan raya negeri 2006.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah satu-satunya parti komponen BN mendapat peningkatan undi popular.

BN akan terus mendapat sokongan baik daripada masyarakat Melayu-Melanau manakala undi popular kaum Dayak akan meningkat walaupun wujud masalah isu-isu tempatan dan calon, kata Jeniri.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi Sabtu ini adalah antara 75 dan 80 peratus, penganalisis dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu meramal antara 70 dan 73 peratus.

"Tidak seperti landskap politik 2011, bukan banyak orang akan pulang untuk mengundi kerana tiada tentangan yang luar biasa terhadap BN. Berikutan faktor geografi, sebilangan orang mungkin tidak keluar mengundi di kawasan pedalaman," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik berkata BN boleh mengharapkan lebih banyak undi daripada masyarakat Cina walaupun belum dapat dilihat sekiranya ia dapat mencetuskan peralihan sokongan kepada BN dalam beberapa kawasan.

"Sudah pasti, kerana populariti Adenan, akan ada peningkatan undi untuk BN. Berdasarkan bilangan hadirin pada majlis-majlis SUPP kali ini berbanding pilihan raya lepas, saya ramal undi popular kaum Cina akan lebih tinggi kali ini," kata Dr Lee Kuok Tiung.

Beliau menjangka peratusan pengundi keluar mengunfi adalah antara 70 dan 75 peratus.

Sementara itu, Parti Rakyat Sarawak (PRS) yakin dapat mencapai kemenangan dengan 'majoriti sangat selesa' pada kesemua 11 kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak, kata presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

"Semasa mengesahkan senarai calon PRS oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, saya memberitahu beliau saya akan kembalikan 11 kerusi kepadanya.

"Saya turut membuat janji yang sama kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa pilihan raya umum 2013 apabila beliau memperuntukkan enam kerusi kepada kita," katanya di Kuching hari ini.

Dr Masing berkata beliau selesa bertanding pada pilihan raya negeri dengan Adenan menjadi faktor 'feel good' (faktor yakin) bagi BN.

"Ini akan menjadi kemenangan besar bagi BN dan ia adalah terutama kerana Adenan," katanya yang akan mempertahankan kerusi Baleh sejak 1983 pada pilihan raya negeri, Sabtu, ini.

Menurutnya kempen kesemua calon PRS termasuk empat muka baharu berjalan dengan baik dan lancar.

PRS bertanding kerusi Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Tamin, Kakus, Pelagus, Baleh, Belaga serta dua kerusi baharu, Murum dan Samalaju.

Dr Masing juga berkata PRS membuka pintu kepada calon langsung BN untuk menyertai parti itu jika mereka menang pada pilihan raya kali ini.

"Malah, mereka ini boleh memilih mana-mana parti komponen BN...bagi saya, pintu kami terbuka kepada mereka," katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak, BN mengetengahkan 13 calon langsung dalam pertandingan di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada hari penamaan calon, 25 April lepas, BN menang dua kerusi tanpa bertanding iaitu kerusi Bukit Sari dan Bukit Kota.


Bernama

1 comment:

  1. Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

    Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

    Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

    ReplyDelete