"Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan kepada 4.2 peratus tahun ini berbanding 5.0 peratus pada 2015 dengan minyak dan eksport perkilangan terjejas disebabkan permintaan global yang lemah,"
- Bank Dunia
Sudah berapa kali kononnya Malaysia akan bankrap dan terus diulang tayang?
Ramai juga yang percaya sedangkan, ekonomi
negara seperti juga ekonomi dunia mempunyai kitaran naik turunnya.
Menurut Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2015, negara menghadapi satu cabaran
ekonomi di mana hasil pendapatan negara merosot lebih RM30 bilion akibat
kejatuhan harga minyak.
Namun, ekonomi negara
tetap berkembang pada kadar lebih 4 peratus pada separuh pertama tahun ini, dan
tidak pula tersungkur ke tahap negatif seperti tahun 1998.
Malangnya ada
kelompok telah menyebarkan fitnah mengatakan kemerosotan ekonomi negara adalah
sebab faktor politik semata-mata.
“Walhal, kerajaan
inilah yang berjaya mempertahankan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan perlahan kepada
4.2 peratus pada 2016 daripada 5.0 peratus pada tahun lepas, dengan minyak dan
eksport perkilangan terjejas disebabkan permintaan global yang lemah, kata
Shetty.
"Kami sudah melihat trend pemulihan ketika
ini," katanya kepada media Malaysia melalui persidangan video dari
Washington DC.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan dalam ekonomi
membangunkan di Asia Timur dan Pasifik dijangka kekal berdaya tahan dalam
tempoh tiga tahun akan datang, berkembang pada kadar 5.8 peratus tahun ini dan
5.7 peratus pada 2017-2018.
Sementara itu, Bank Dunia menjangkakan China akan
meneruskan peralihan beransur-ansur kepada pertumbuhan yang lebih perlahan,
namun lebih mampan daripada 6.7 peratus pada 2016 kepada 6.5 peratus pada 2017
dan 6.3 peratus pada 2018.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada 7 Oktober lalu menyebut, lebihan
dagangan Malaysia pada Ogos meningkat kepada RM8.51 bilion berbanding RM1.91
bilion yang dicatatkan pada Julai lalu.
Ia susulan peningkatan eksport ke ASEAN, India, Amerika
Syarikat, Mexico, Turki, Hong Kong dan Kesatuan Eropah.
Eksport Malaysia pada Ogos lalu merupakan yang tertinggi
dalam tempoh lapan bulan iaitu sebanyak RM67.58 bilion, naik 1.5 peratus
berbanding eksport pada Julai sebanyak RM59.8 bilion, menurut hari ini.
Import meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM59.07 bilion
manakala perdagangan mencatatkan nilai sebanyak RM126.65 bilion, naik sebanyak
tiga peratus.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016, perdagangan sebanyak
RM948.45 bilion dengan eksport berjumlah RM500.33 bilion dan import
sebanyak RM448.12 bilion.
“Perdagangan, eksport dan import bagi tempoh ini
masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.9 peratus. Lebihan perdagangan
naik 1.8 peratus kepada M52.21 bilion berbanding RM51.28 bilion,” katanya.
Secara keseluruhan, prestasi eksport yang lebih baik pada
Ogos dilihat dalam pertumbuhan eksport pembuatan dan pertanian yang positif,
berbanding penyusutan pada Julai lalu.
Bagaimanapun, eksport barangan perlombongan terus
merosot.
“Eksport barangan perlombongan susut 14 peratus kepada
RM4.9 bilion, sebahagian besarnya disebabkan penurunan eksport gas asli cecair
yang merosot 38.9 peratus kepada RM1.89 bilion, disebabkan jumlah dagangan dan
AUV yang rendah,” katanya.
Eksport barangan pertanian naik 13.8 peratus kepada
RM6.81 bilion, didorong oleh eksport minyak sawit dan produk pertanian
berasaskan sawit yang tinggi sebanyak RM867 juta.
“Eksport minyak sawit pada Ogos 2016 meningkat 19.9
peratus kepada RM4.32 bilion berikutan nilai unit purata (AUV) dan jumlah
dagangan yang tinggi.
Eksport ke ASEAN terus kukuh dan meningkat empat peratus
atau RM769 juta untuk mencecah RM20.02 bilion pada Ogos lalu, menyumbang 29.6
peratus daripada jumlah eksport negara, naik berbanding 28.9 peratus yang dicatatkan
pada Ogos tahun lepas.
Bagi Perdana Menteri, di sebalik pencapaian ini, kerajaan
akan terus komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap
yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada
2010.
Melalui paparan beliau di laman webnya www. najibrazak.com, 30 September lalu, menyebut banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Laporan Daya Saing Global (GCR) tahunan Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.
Malaysia disenaraikan di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, namun ia turun dari tangga ke-18 tahun lepas. Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun dari tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, dari segi skor, prestasi negara turun daripada 5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.
Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republic of Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi telah diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
Perdana Menteri berpuas hati Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai negara paling berdaya saing dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun lain di Asia.
Hakikatnya, Malaysia masih mendahului gergasi ekonomi seperti Korea Selatan, Iceland dan China dan ini malahan lebih bermakna lagi dalam iklim ekonomi global yang bergelora sekarang.

"Kita sekarang di kedudukan ke-4 di dunia, naik daripada tangga ke-5 yang yang mana sudahpun terpuji - dalam melindungi pelabur kita di sini di Malaysia.
Malaysia juga dipandang tinggi di mata pelabur dengan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan perniagaan dan kita berjaya mengekalkan kedudukan kita yang amat dicemburui di ranking ke-6.
Dasar kerajaan sekarang juga menggalakkan dan membantu syarikat permulaan. Pada hari ini, untuk memulakan perniagaan di Malaysia hanya mengambil masa empat hari sahaja - meningkatkan ranking kita ke kedudukan ke-15 daripada ke-24 sebelum ini.
Najib, yang juga menteri kewangan berkata ranking ke-8 Malaysia dalam perbelanjaan kerajaan yang cekap mencerminkan kejayaan mengurangkan defisit bajet sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata inisiatif kerajaan dalam perbelanjaan cekap juga berjaya mengurangkan dengan konsisten defisit fiskal dan ranking GCR Malaysia di kedudukan ke-69 di dunia, naik daripada tangga ke-85, merupakan perakuan kepada usaha ini.
Untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, penting bagi kerajaan menyediakan persekitaran menarik kepada tenaga kerja dan juga yang membolehkan mereka berkembang maju.
Selain itu, usaha Malaysia untuk menawarkan persekitaran yang mendorong inovasi dan kreativiti terbukti membuahkan hasil.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-8 dan ke-11 masing-masing dalam keupayaan untuk mengekal dan menarik tenaga kerja.
No comments:
Post a Comment