Sunday, July 10, 2016

Wakil Rakyat DAP Guna Politik Kebencian, Persenda Sambutan Aidilfitri – Mahadzir Khalid


Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menggunakan politik kebencian untuk menghancurkan perpaduan sesama kaum yang telah dibina sejak 60 tahun lalu apabila mempersendakan sambutan Aidilfitri dalam laman sosial Facebooknya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyifatkan tindakan pemimpin dari DAP itu biadab selain tidak menghormati budaya dan agama yang diamalkan dalam negara berbilang kaum sejak dahulu lagi.

Bagaimapun, Ahli Parlimen Taiping itu  menafikan dia mengepos imej mengenai "dedak" dalam akaun Facebook, sebaliknya mendakwa dia menjadi mangsa cybertrooper.

"Saya menghormati Islam sebagai agama persekutuan. Saya berazam untuk menegakkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan kita sebagai ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Julai lalu, Nga didakwa menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sumbangan duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan "dedak".

Nga menafikan bahawa beliau pernah memuat naik lakaran berkenaan pada akaun Facebook, manakala carian Malaysiakini pula mendapati tidak ada posting tersebut.

Mahdzir yang juga  Menteri Pendidikan berkata program perpaduan yang dilaksanakan di sekolah dalam negara juga tidak akan berjaya sekiranya kepimpinan DAP terus menjadikan politik sebagai medan untuk meruntuhkan perpaduan.

“DAP sebelum ini cakap untuk perjuang semua kaum tetapi sebaliknya berlaku, di mana (pemimpin parti itu) tidak menjaga sensitiviti orang Melayu Islam. Ini menunjukkan kepimpinan DAP tidak matang.

“Mudah bagi Nga yang meminta maaf selepas mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak. Kita perlu berpolitik dengan cara yang betul dan bukan mengutuk budaya dan agama orang lain,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, hari ini. Ia dihadiri lebih 20,000 orang.

Pada Selasa lalu, Nga memuat naik status gambar mempersendakan Aidilfitri dengan menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan ‘dedak’.

 “Pemberian duit raya merupakan tradisi masyarakat di negara ini ketika sambutan Aidilfitri dan sama juga bagi masyarakat Tiong Hwa yang memberi ang pau kepada kanak-kanak. Ini perkara yang sering kita lakukan sejak dahulu lagi,” katanya.

Di TAIPING, Naib Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Mohamed Zahir Abdul Khalid berkata perbuatan Nga itu mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berperibadi buruk.

Beliau berkata sebagai seorang Anggota Parlimen di negara berbilang kaum, Nga sepatutnya menghormati semua perayaan.

“Dalam kita menyambut perayaan ini, perpaduan dan keamanan amat penting,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, menyelar tindakan Ahli Parlimen Taiping itu dalam  ucapan selamat hari raya di laman rasmi Facebook miliknya tertera ayat “In God We Trust dan Lord Guide Our Nation Back To You” sambil menyertakan gambar rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian dengan berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat serta imej ta­ngan berdoa.

Sin Woon berkata, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan belang sebenarnya sebagai seorang yang angkuh dan tidak sensitif terhadap budaya serta tradisi masyarakat negara ini. Sebagai individu yang sudah lama menjadi wakil rakyat, katanya, Nga sepatutnya menunjukkan teladan baik.

"Sebaliknya, beliau terus menunjukkan sikap buruk dan menggunakan media sosial untuk membuat tohmahan dan provokasi murahan.

"Perkara ini bukan baharu. Beliau selalu menggunakan media sosial khususnya akaun Facebook rasminya untuk memaparkan banyak perkara yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparkan tohmahan, beliau akan minta maaf. Kali ini (jika Nga meminta maaf) maafnya sudah tidak berharga.

"Nga perlu berhenti merosakkan imej negara melalui akaun Facebook miliknya yang banyak meninggalkan kesan buruk dan mengundang kemarahan rakyat," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sduah memulakan siasatan ke atas Nga berhubung status di akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, setakat ini, pihak polis belum DAPat memastikan sama ada kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu benar milik Nga  atau sebaliknya.


“Polis telah terima beberapa laporan tentang status Facebook Nga itu dan kita telah memulakan siasatan. Kalau betul dia (Kor Ming) yang buat, saya rasa itu adalah satu tindakan untuk mempermainkan agama Islam dan ia tidak sepatutnya dibuat oleh individu yang bergelar Yang Berhormat,” katanya semalam.

1 comment:

  1. Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

    Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

    Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

    ReplyDelete