Tuesday, October 11, 2016

Syor Persempadanan Semula - BN Tidak Puas Hati 30 Peratus Cadangan SPR


Barisan Nasional (BN)  tidak puas hati 30 peratus syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara faktor tidak puas hati itu adalah taburan pengundi yang terlalu berasaskan kaum, jarak persempadanan semula yang jauh serta Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.

Contoh ialah syor persempadanan semula di Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hari parti komponen BN apabila terdapat lebih 10 kawasan baharu yang dicadangkan diwakili kaum tertentu sahaja.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.

"Saya telah memberi pandangan dan nasihat yang perlu mereka ambil berhubung perkara ini," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu yang ditemui pemberita selepas merasmikan kios jualan makanan dan minuman di Presint 9, di sini hari ini.

Pada 23 September lalu, Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu  jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaraskan cadangan balas BN kepada SPR  berkaitan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung BN, dan dianggotai kesemua setiausaha agung komponen parti.

BN akan menyatukan semua pandangan dan cadangan berkaitan usul tersebut. “Mudah-mudahan kita akan dapat keputusan yang dilihat adil oleh semua pihak. Jawatankuasa akan bersidang secepat mungkin mengikut rangka masa SPR dan undang-undang ditetapkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, di Kuala Lumpur, pada hari berkenaan.


Ditanya adakah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan selepas pewartaan usul persempadanan tersebut, Najib berkata itu bergantung kepada budi bicara SPR.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu wajar kerana usul persempadanan semula itu akan memberi kesan kepada semua parti komponen BN.

“MCA telah mencadangkan penubuhan jawatankuasa berkenaan kerana ia adalah parti yang akan terjejas teruk…banyak kerusi yang terlibat adalah di kawasan bandar yang ditandingi oleh kami. Oleh itu, kami perlu mengkaji semula cadangan tersebut,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno semalam memberitahu, beliau telah menulis surat kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengingatkan bahawa ibu pejabat Umno atau BN tidak boleh mengambil tindakan membuat bantahan secara terus kepada SPR.

Sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau melalui petisyen oleh 100 pengundi di kawasan terlibat.

Bagi negeri yang bukan di bawah pemerintahan BN, Tengku Adnan berkata, beliau mengesyorkan pengerusi BN negeri mengumpulkan 100 orang dari setiap kawasan yang menolak cadangan persempadanan semula itu untuk mengemukakan petisyen bantahan kepada suruhanjaya tersebut.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga Jumaat ini (14 Oktober) untuk mengemukakan bantahan masing-masing. 

2 comments:

  1. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)

    ReplyDelete