UMNO dan Barisan Nasional Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Malah, sekalipun Mukhriz bertanding di Kedah, ia tidak
akan menggugat kedudukan UMNO kerana UMNO yang berusia 70 tahun itu telah
menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang
dilakukannya.
Ketika ini bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan akan mengetuai
PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri
kelahirannya itu.
Bekas Menteri Besar Kedah itu menegaskan, beliau akan
bertanding di negeri yang pernah dipimpinya sebelum ini.
Ahmad Bashah...mungkin Mukhriz mahu bertanding di Kubang Pasu.
Mukhriz yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
pada Februari lalu adalah Ahli Dewan Undangan
(ADUN) Ayer Hitam dan pada 2008 memenangi kerusi Parlimen Jerlun.
BERSATU didakwa mendapat sambutan menggalakan apabila
penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
Malah menurutnya, terdapat juga ahli UMNO yang
menyerahkan borang bagi menyertai BERSATU.
“Ada yang berjawatan dalam UMNO sertai BERSATU, ada yang
serah borang senyap-senyap kerana menunggu masa sesuai untuk umum. Ahli
Jawatankuasa (AJK) Bahagian pun ada sertai kami. Ini petanda positif.
Kita tidak paksa sesiapa, ini atas keinginan mereka yang
mahukan perubahan. Ramai kalangan rakan-rakan lama dalam UMNO pun berminat,
mereka mesra BERSATU tapi tetapi belum daftar,” katanya.
Mukhriz turut berharap orang ramai menyertai BERSATU di
Kedah bukan kerana simpati kerana dirinya dilucutkan jawatan sebagai menteri
besar.
"Saya sendiri akan mengetuai BERSATU di Kedah
(Pengerusi BERSATU Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah. Kawasan
mana biarlah dirahsiakan dulu. Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya
oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah," katanya.
Pada 8 September lalu, Menteri Pelancongan juga Ahli
Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz pernah mencabar Mukhriz Mahathir
wajar membuktikan kemenangan di Parlimen Jerlun bukan disebabkan oleh sokongan UMNO.
Nazri, meramalkan Mukhriz bakal kalah di Jerlun sekiranya
pada PRU14 nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah pula berkata semalam, Mukhriz yang kini menjadi Naib
Presiden PPBM berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di DUN Ayer Hitam
dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.
"Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang
Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk
berhadapan dengan parti itu," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri
Kedah di Alor Setar, semalam.
Bagi Ahmad Bashah, mereka yang menyokong parti
pembangkang, khususnya Parti Pribumi
Bersatu Malaysia itu adalah yang kecewa.
Mereka dianggap sebagai puak yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan
dalam parti di peringkat cawangan.
Parti itu hanya
disokong oleh mereka yang kecewa dengan UMNO sama seperti pemimpinnya yang
kecewa dengan UMNO.
Kini mereka yang kecewa itu ada peluang untuk
mendapat jawatan.
No comments:
Post a Comment