Saturday, September 24, 2016

Malaysia Beri Sumbangan Besar Atasi Konflik, Pelarian Syria


Pandangan dan keprihatinan Malaysia terhadap konflik berdarah di Syria diterima baik anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usaha Malaysia ini yang dibuktikan pada persidangan agung PBB itu (UNGA) menggambarkan bahawa diplomasi Malaysia terhadap isu penting global khususnya pergolakan di negara Islam, tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata semalam, selain anggota Majlis Keselamatan, pandangan Malaysia tersebut turut diterima baik oleh pemimpin-pemimpin negara yang terlibat dalam proses mencari penyelesaian di negara bergolak itu

Amat nyata kehadiran Dr Ahmad Zahid ke persidangan PBB kali ini bukan sahaja berbaloi kerana mambawa misi menyelamatkan Syria tetapi beliau sendiri mampu menyuarakannya dengan baik.

Malaysia ‘tidak memerlukan seorang Perdana Menteri’ ke UNGA untuk menyuarakan pandangan sebegini, cukup dengan timbalannya yang memahami keperitan rakyat Syria, malah dapat menyampaikan pendirian Malaysia dengan jelas pada persidangan itu.

Juga pernyataan pendirian Malaysia pada sidang itu menggambarkan Malaysia tidak pernah menutup sebelah mata mengenai kesengsaraan umat Islam, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa bagi menamatkan krisis politik dan isu pelarian Syria.

Amat jelas,  Dr Ahmad Zahid mampu membuktikan bahawa negara kecil seperti Malaysia turut mempunyai peranan penting dalam memberi pandangan dan cadangan bagi mencari penyelesaian berkekalan di negara tersebut.

Pada Khamis, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, telah menyampaikan ucapannya pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Situasi di Syria pada Majlis Keselamatan PBB.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap melalui telefon bimbit ketika mnggaditemubual dalam rancangan bual bicara 'Landskap' terbitan RTM, Jumaat. -fotoBERNAMA

Semalam,  Dr Ahmad Zahid yang kini sedang berada di New York, berkata ketika ditemu bual secara langsung melalui program 'Landskap' terbitan RTM turut menjelaskan pendirian negara dalam melindungi  pelarian Syria.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak tentang keperluan negara  memberi perlindungan kepada 3,000 pelarian Syria, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan itu dilakukan atas nama kemanusiaan dan demi menterjemahkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jumlah tersebut adalah kecil berbanding 1.5 juta pelarian Syaria di Lubnan dan ratusan ribu lagi yang sedang berlindung di negara-negara Kesatuan Eropah.

Hakikatnya, langkah tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu.

Malaysia konsisten selepas pernah memberi perlindungan kepada 300 warga Bosnia yang satu ketika dahulu negara mereka mengalami konflik yang sama.

Malah, Malaysia sudah meminta bantuan Lubnan dalam memenuhi janjinya untuk mengambil 3,000 pendatang Syria yang melarikan diri daripada negara mereka yang sedang bergolak.

Lubnan sendiri, iaitu sebuah negara dengan jumlah penduduk lebih empat juta orang, kini menempatkan  kira-kira 1.5 juta pelarian Syria.

Ini dilihat  satu beban buat Lubnan dan Malaysia i mengalu-alukan rakyat Syria ke negara ini atas dasar kemanusiaan sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri.


Bercakap selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lubnan Tammam Saeb Salam di luar sesi ke-71 UNGA semalam, Dr Ahmad Zahid menjelaskan, Kuala Lumpur dan Beirut akan bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk pemeriksaan keselamatan bersama terhadap pendatang yang berpotensi dipindahkan sementara ke Malaysia.

Merujuk kepada sejumlah bayaran yang dikenakan ke atas rakyat Syria kerana tinggal melebihi masa, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan,  Lubnan telah meminta untuk melihat perkara ini bagi pendatang Syria yang berpotensi tinggal di Malaysia.


Malaysia turut meminta Lubnan memberikan bantuan teknikal untuk membolehkan warga Syria diterbangkan ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment