Pelik juga dengan bantahan MCA di Gelang Patah iaitu
kerusi Parlimen yang sekarang dipegang oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
UMNO Gelang Patah berdiam diri, mungkin berpuas hati
dengan apa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu.
Dengan adanya bantahan MCA itu, apakah parti itu yakin
kali ini Barisan Nasional (BN) akan dapat menewaskan DAP dan ‘menghalau’ Kit
Siang dari Johor?

Tidak menghairankan kerana pada Jun 2014, Presiden MCA sendiri pernah menyuarakan agar BN kembalikan kerusi yang dipinjamkan itu kepada partinya.
Atau apakah MCA melihat 'pergolakan dalam Bahagian UMNO Gelang Patah' sebagai masa sesuai untuknya menuntut balik kerusi berkenaan?
Pada 10 September lalu, dua veteran UMNO yakni Pengerusi Tetap UMNO Gelang
Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk
Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu.
Kedua-dua mereka telah mengumumkan peletakan jawatannya
daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing pada pagi hari berkenaan.
Pada PRU13, kerusi Parlimen Gelang Patah, DAP mengalahkan Pengerusi BN Johor pada ketika itu Tan Sri Abdul Ghani Othman (ketika itu Datuk) dengan majoriti 14,762 undi.
Apakah MCA mahu meletakkan calonnya kali ini?
Selepas persempadanan semula kawasan Parlimen yang
dicadangkan oleh SPR itu, ia menyaksikan jumlah pengundi berkurangan daripada
115,000 pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada kira-kira 112,000
pengundi.
Daripada jumlah pengundi itu, 53.87 peratus merupakan
pengundi kaum Cina, diikuti 33.48 peratus pengundi Melayu manakala selebihnya
kaum India dan lain-lain.
MCA mahu SPR mempertimbangkan untuk mengekalkan kawasan persempadanan
semula Parlimen Gelang Patah sama seperti pilihan raya umum yang lepas.
Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah Tan Ba Ba, berkata keputusan SPR baru-baru ini
menyaksikan lima pusat daerah mengundi (PDM) melibatkan kira-kira 13,000 pengundi
dipindahkan dari kawasan Parlimen itu ke kawasan Parlimen Kulai.
Ia melibatkan PDM Sri Pulai, Ulu Choh, Bandar Ulu Choh,
Teratai dan Pulai, katanya.
Tan berkata tiga PDM dari Parlimen Pulai iaitu Selesa
Jaya, Sri Sinding dan Jaya Mas melibatkan 6,804 pengundi berpindah ke kawasan
Parlimen Gelang Patah.
Tan, yang juga Pengarah Pilihan Raya MCA Kawasan Parlimen
Gelang Patah berkata bantahan akan dikemukakan pihak MCA kepada SPR tidak lama
lagi.
"SPR perlu mempertimbangkan semula untuk mengekalkan
kawasan persempadanan seperti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memandangkan kami
(Barisan Nasional dan MCA) telah menumpukan perhatian sepenuh masa kepada
PDM-PDM ini sebelum ini," kata beliau kepada pemberita di Johor
Tan mendakwa ihaknya tidak diberikan notis yang secukupnya untuk mempertingkatkan
usaha pada PDM yang terjejas dan PDM yang baharu.
“Seharusnya, kami diberi masa sekurang-kurangnya setahun
sehingga setahun setengah untuk kami beri perhatian pada kawasan
berkenaan," kata beliau.
Atau MCA ada sesuatu yang disembunyikan untuk kerusi
berkenaan – biar kekal di tangan orang Cina – daripada di menangi UMNO sebagai
mengulangi keputusan PRU13?
No comments:
Post a Comment