Saturday, November 14, 2015

Isu Keganasan Antara Fokus Utama G20 Susulan Insiden Paris - PM Najib

Najib (kiri) bersama Erdogan dalam pertemuan dua hala di Antalya pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu keganasan dan ekstremisme ganas akan menjadi satu daripada fokus utama Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) berikutan serangan di Paris pada Jumaat malam.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dua hala mereka di Antalya, Turki hari ini (Jumaat).

Najib, selaku pengerusi ASEAN, melakukan kunjungan hormat ke atas Erdogan, yang akan mempengerusikan Sidang Kemuncak G20 Ke-10 di Antalya dari 15 hingga 16 Nov.

Erdogan menyatakan perbincangan itu akan berkisar kepada soal keganasan dan bagaimana dunia boleh meningkatkan lagi kerjasama untuk menangani isu yang amat serius itu, katanya pada sidang berita di Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Hotel Kaya Palazzo di Antalya, Turki hari ini.


Susulan kejadian keganasan di Paris yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh, Najib berkata beliau menyatakan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Perancis dan negara-negara lain bagi menghadapi ancaman serius itu.

"Pendirian Malaysia adalah jelas, untuk mengutuk sebarang bentuk keganasan lebih-lebih lagi terhadap orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersalah," kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara-negara lain bukan sahaja mengutuk perbuatan itu malah, mengambil tindakan berpatutan untuk membanteras, mencegah dan mengelak kejadian seperti itu daripada berterusan.

"Saya menghantar surat takziah kepada Presiden Francois Hollande atas kejadian menyayat hati itu dan menyatakan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Perancis dan negara lain bagi menghadapi ancaman yang begitu serius," katanya.

Najib berkata Turki juga menghadapi ancaman keganasan seperti kejadian bom di Ankara yang mengorbankan lebih 100 orang baru-baru ini selain masalah di bahagian barat daya negara itu.

Turki turut menghadapi masalah pelarian kerana terpaksa menampung penghijrahan 2.5 juta orang pelarian dari Syria dan Iraq, katanya.

"Mereka (Turki) belanja agak besar tetapi mereka hanya terima US$400 juta dari negara-negara lain.

"Dengan perbelanjaan mereka yang melebihi RM8 bilion ini, mereka merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu keperluan menyara kos menempatkan pelarian dari kedua-dua negara itu di Turki," kata Najib.

Sementara itu di Kuala Lumpur,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menegaskan, Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia.


Sambil mengutuk siri serangan di Paris pada Jumaat malam yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang, beliau berkata Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankam banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.

"Malaysia mengutuk tindakan amat kejam ini dan menjadi dasar kita untuk tidak membiarkan atau bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan, sama ada di tanah air kita atau tempat lain di dunia.

"Ucapan takziah dan simpati kami kepada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam insiden penuh tragis ini. Kami juga mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga mangsa. Kita bersedih dengan penduduk Paris dan Perancis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanterasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai para pemimpin lain mengutuk serangan itu.

Bernama

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete