Budiman Mohd Zohdi, 44, anak tempatan yang berasal dari
Kampung Sungai Limau di Sungai Besar, dan juga Setiausaha ADUN (Barisan
Nasional (BN) Selangor kini membawa panji-panji UMNO dan BN di Parlimen Sungai
Besar.
Beliau diumumkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini daripada kalangan tujuh nama
dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
sebagai calon.
Pada 22 Mei lalu lalu, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri
Noh Omar BN berkata Selangor
mengemukakan tujuh nama untuk dipertimbangkan sebagai calon PRK itu.
Noh yang juga
pengarah PRK Parlimen Sungai Besar, berkata tujuh nama yang dikemukakan itu
merupakan anak tempatan, mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi dan
memenuhi ciri sebagai calon boleh menang dalam pilihan raya itu.
"Tujuh calon yang disenaraikan ini termasuk seorang calon wanita... yang paling muda berusia 30 tahun dan yang agak veteran berusia 60 tahun dan kesemua mereka merupakan anak jati tempatan,” tegasnya.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Budiman diputuskan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, selepas
mengambil kira pelbagai aspek.
"Apa yang penting, calon ini disenangi oleh semua peringkat terutama akar umbi dan diterima oleh rakan-rakan dari semua kaum.
"Kombinasi semua ini akan menjadi faktor penentu kemenangan BN di PRK Parlimen Sungai Besar nanti.
"Terlalu ramai layak jadi calon dan kita pilih anak tempatan yang boleh jalankan tugas dengan baik, muda, berkaliber serta boleh meneruskan kerja-kerja wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Budiman
menang kerusi DUN Sungai Panjang selepas menewaskan Mohd Fadzin Taslimin
daripada PAS dengan majoriti 2,183 undi. DUN Sungai Panjang berada di bawah Parlimen Sungai Besar.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan
calon pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian
penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk
Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan
67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus
pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.
Budiman kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat
Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
Lawan Budiman setakat ini ialah ADUN Meru sejak 2008,
iaitu Dr Abdul Rani Osman yang merupakan
bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
Sebelum mencerubi politik, Rani menjalankan sebuah klinik
swasta 'Fitrah' di pekan Meru.
Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan daripada
Universiti Tanta, Mesir menewaskan calon daripada Barisan Nasional Sukaiman
Ahmad dengan majoriti 9,079 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Turut hadir naib presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad
yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik
Abdul Aziz yang juga ketua pemuda PAS dan Presiden IKATAN Tan Sri Shiekh
Kadir Fadzir.
"Ini pilihan raya kecil dan kita memerlukan tokoh
yang terjun bersama rakyat.
"Calonnya adalah Dr Abdul Rani Osman. Saya
difahamkan, beliau ada darah Banjar dan Jawa. Semua anak Adam," kata Hadi
disambut laungan takbir.
Abdul Rani sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang
hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa.
Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau
seorang yang penyabar dan berjanji “tidak akan mencampak mikrofon sewaktu
berucap”.
"Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan
baling mikrofon," katanya.
Tidak jelas beliau merujuk kepada siapa.
Presiden serpihan PAS - Parti Amanah Negara
(Negara) Mohamad Sabu sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon
di atas pentas.
Amanah akan
mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen
Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu depan.
"Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)," kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di Shah Alam semalam.

No comments:
Post a Comment