Monday, July 11, 2016

Mana Ada 600 Anggota UMNO Bahagian Batu Sapi Isytihar Keluar UMNO

Pemimpin UMNO Batu Sapi umum keluar parti
Tak heran dan tak berbekas pun. Tidak akan berparut pun!!!

Keluarlah kalau sudah rasa terlalu ‘panas’ dalam UMNO.

Semalam dilaporkan seramai  600 anggota UMNO daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi  (MT) UMNO.

Pengumuman  keluar UMNO itu dibuat Naib Ketua UMNO bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam.

Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan MT UMNO menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.

Tindakan MT itu menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Shafie adalah antara pemimpin lantang UMNO yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus bersama ahli UMNO Batu Sapi menunjukkan taat setia.
Bagi pemimpin UMNO Sabah, seperti disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak 3 Julai lalu, berkata keputusan Shafie atau sesiapa sahaja yang meninggalkan parti berkenaan sama-sekali tidak menjejaskan kekuatan Umno Sabah.

Ini kerana majoriti ahli parti menyokong perjuangan parti, dan bukannya individu.

Menurut Salleh, setiap anggota Umno perlu akur dan patuh kepada sistem parti dan beliau (Shafie) sudah tidak sehaluan dengan sistem parti, maka adalah wajar dan lebih baik beliau meninggalkan parti.
Pangiran Roslan, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat “Sabah untuk Sabah” atau menyeluruh, beliau berkata, ia berlandaskan “Sabah untuk Sabah”.

Bagi UMNO Bahagian berkenaan, penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin UMNO peringkat Sabah terutama penyokong Shafie.

Pengiran Roslan umum keluar parti.
Beliau berkata,  UMNO sebagai parti tertua orang Melayu kini dianggap sebagai alat melindungi dan menjaga kepentingan individu tertentu, secara tidak langsung merosakkan dan melumpuhkan parti.

"UMNO kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah.

"Walaupun pada awalnya UMNO agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti UMNO kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat.

" Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti UMNO ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti," ujarnya.

"Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti UMNO ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa.

"Saya mengumumkan keluar parti UMNO serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.

"Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan," ujarnya.

Pangiran Roslan  juga menjangkakan akan lebih ramai ahli yang akan keluar parti.

Sementara itu, UMNO Batu Sapi menafikan 600 ahlinya keluar parti sebaliknya hanya sebilangan kecil pengikut bekas Naib Ketua Bahagian itu, yang mengisytiharkan keluar parti semalam.‎

Ketua Bahagiannya, Datuk Samsudin Yahya menjelaskan, mereka yang keluar parti adalah beberapa ketua cawangan dan ahli yang pernah kecewa kerana tewas pada pemilihan UMNO yang lalu.

Ini  termasuk Pangiran Roslan yang pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

‎"UMNO Bahagian Batu Sapi juga tidak tergugat dengan tindakan beliau (Pangiran Roslan) keluar parti. Sebaliknya, keputusan beliau boleh dianggap tiada lagi 'duri dalam daging' di bahagian Batu Sapi.

‎"Kita tahu perjuangan orang seperti mereka yang tiada kesetiaan kepada parti, dengan sendirinya akan keluar parti," katanya.

‎‎Sams‎udin berkata, sebahagian besar yang hadir dalam sidang media Pangiran Roslan juga membabitkan ahli daripada parti pembangkang selain ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa diperdaya datang ke majlis berkenaan untuk menerima bantuan Aidilfitri.

Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan pula berkata tindakan

Pangiran Roslan hanya gimik murahan untuk memastikan kestabilan politik UMNO di bahagian berkenaan tergugat.

"UMNO Batu Sapi masih utuh, tiada sebarang masalah dan perjuangan akan diteruskan sampai bila-bila.

"Mereka yang keluar cuma sedikit berbanding jumlah ahli UMNO di Batu Sapi iaitu seramai 23,000 orang membabitkan 221 cawangan dan 16,000 daripadanya adalah pengundi," katanya pada sidang media di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak, Meluas, Sandakan semalam.

Sebelum ini pada 27 Jun seramai 300 ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna keluar parti apabila Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti.

 Susulan itu, kira-kira 199 ahli UMNO Kinabatangan turu mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini.

1 comment:

  1. Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

    Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

    Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

    ReplyDelete