Sudah banyak kali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi ‘dibelasah’ oleh sebuah blog yang dikaitkan dengan ‘orang yang
rapat dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO)’.
Di kalangan bloggers pro-UMNO, ramai yang tahu siapa
memiliki blog berkenaan dan siapa penulisnya.
Isu sebelum ini tidaklah perlu dilayan sangat tetapi catatan
blog ini pada 30 Mei 2016 (semalam) dengan tajuk ‘Datin Mastura Idea Siapa’
bagaikan ada tuduhan terhadap Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO.
Apabila disebut bahawa: “Blog ini merisik juga nak tahu siapa yang guna
idea tampilkan isteri bekas Wakil Rakyat sebagai calon di Kuala Kangsar.
Katanya, yang paling kuat melobi adalah seorang Naib Presiden. Dia yang berani
beri jaminan, jika letak Datin Mastura, kemenangan sudah 90 % pasti.”,
ia bagaikan memeprsoalkan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) meletakkan
calon berkenaan.
Juga amat jelas Naib Presiden UMNO dipersoalkan cadangan dan
jaminannya bahawa BN akan menang.
Malah, dikatakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid itu
dibuat secara ‘tangkap muat’. Kesian dengan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar,
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ini, belum apa-apa sudah
diperlekehkan oleh penyokong parti sendiri.
Sedangkan Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana
Menteri berkata pemilihan Mastura telah mengambil kira fatwa mengikut hukum
qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian
suami.
"Umno mengadakan perbincangan dengan beberapa ulama,
termasuk mereka yang menganggotai jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, selain
turut berbincang dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bagi mendapatkan
pandangan dan pendapat," katanya
di Tokyo semalam.
Kenapa orang yang rapat dengan pejabat PMO ini tidak
berkenan sangat dengan Dr Ahmad Zahid dan apakah mereka meramalkan BN akan
kalah di Kuala Kangsar?
Umum semua tahu hanya dua Naib Presiden kini dalam UMNO
iaitu Dr Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kebetulan Dr Ahmad
Zahid orang Perak dan menjadi ketua perang pilihan raya kecil (PRK) di dua
Parlimen 18 Jun ini, maka sudah pasti bukan Hishamuddin yang dimaksudkan.
Hishamuddin hanya ikut atau akur.
Blog berkenaan mempersoalkan keputusan yang dipersetujui oleh
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak
dengan mengatakan: “Salah satu strategi paling penting dalam warfare adalah
permulaan yang baik. Kalau mula-mula dah macam langkah kiri, memang bahaya. Ada
sahaja yang tak kena. Kalau baca buku Kanang Anak Langkau pun, dia guna amalan
sama. Langkah awal mesti kena tepat. Kalau sebelum melangkah dah ada masalah,
itu tandanya ada yang tak kena.”
Kata blog itu lagi: “Kita harap idea ini menjadi. Memilih wakil rakyat atas dasar
simpati, memang tidak berdosa tetapi akan meletakkan calon sendiri dalam
tekanan. Selepas ini apa? Mastura nak bertanding apa? Ketua Wanita Bahagian?
Nak jadi Exco Wanita UMNO Malaysia? Semua atas dasar simpati ke? Arwah ada anak
lelaki. Patut fikirkan lebih sempurna. Bukan tangkap muat macam ini.”
Mereka turut mempersoalkan soal undi simpati apabila
mengatakan ia memang ada kalanya berguna. menurut blog itu, “Outpuring of
sympathy and despair, ada kalanya memang menjadi. Banyak dah terjadi sebelum
ini. Tapi soalnya apakah calon itu sendiri bersedia. Mastura pun guna kad
simpati. Tak cerita pasal khidmat. Tak cerita pasal kemampuan. Tak cerita pasal
kesungguhan meneruskan khidmat Allahyarham suami dahulu.”
Malah memburukkan keadaan itu, “Belum-belum dah kena
balun soal iddah dan pengetahuan hukum agama. Sudah defensif. Sudahlah cuba
raih simpati, defensif pulak.”
Kesian dengan pemimpin UMNO sekarang, khususnya Perdana
Menteri sendiri.
Bukan mendapat tekanan daripada pembangkang, Tun Dr
Mahathir Mohamad, Deklarasi Rakyat dan parti komponen yang menentang RUU tetapi
orang di kelilingnya turut ‘menikam beliau dari belakang’.
Atau apakah strategi untuk melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalannya? Apakan pemilik blog ini di'remote control' oleh sesiapa?
Bilakah Najib nak percaya dengan laporan mengenai ada
mereka yang ‘bahaya di sekelilingya’ oleh mereka yang ikhlas dengannya, tidaklah dapat dipastikan.
Yang pasti mereka seperti inilah yang mudah untuk
menenggelamkan Najib.
Julius Caesar dibunuh pada 14 Mac Tahun 44 (Sebelum
Maseh) bukan kerana ditikam hingga mati oleh musuh politiknya tetapi oleh
sekumpulan orang terdiri daripada rakan-rakan lama dan orang di sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment