"BN berjaya kerana kita bekerjasama sebagai satu pasukan. Kita menang, dan jika kita terus bekerja keras untuk rakyat dan terus bersatu, kita (BN) akan sentiasa menang."
- Datuk Seri Najib Razak
“Idi Amin Malaysia lebih popular,” demikian ditegaskan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Abdul Razak di Sungai Besar selepas kemenangan Barisan
Nasional (BN) malam tadi.
Sambil menyambut kemenangan BN dalam dua pilihan raya
kecil, Najib membidas pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Bagi Pengerusi BN itu, keputusan pilihan raya semalam menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat yang diusahakan Dr Mahathir dan
pemimpin pembangkang.
Dr Mahathir yang dalam siri kempennya untuk calon parti
Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan Najib sebagai 'Idi Amin Malaysia'.
Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan kisah bekas presiden Uganda itu yang
menggunakan harta rakyat sehingga ditolak oleh rakyat.
Bagi Najib yang juga Presiden UMNO, kemenangan besar yang
diperoleh BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar
menunjukkan bahawa rakyat menolak referendum Mahathir.
Beliau berterima kasih kepada pengundi kerana
meletakkan kepercayaan mereka kepada BN, selain menolak pembohongan Dr
Mahathir.
Beliau turut menyatakan
berterima kasih kepada semua jentera BN, yang diketuai Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"BN berjaya kerana kita bekerjasama sebagai satu
pasukan. Kita menang, dan jika kita terus bekerja keras untuk rakyat dan terus
bersatu, kita akan sentiasa menang.
Najib menyifatkan Dr Mahathir telah mengubah PRK itu kepada satu referendum mengenai kepimpinannya,
dengan berkempen untuk bekas musuh dalam pembangkang dan mencemarkan partinya
sendiri dengan bahasa kasar dan mendakwa bercakap bagi pihak rakyat untuk
kepentingan sendiri.
"Sebagai sebuah kerajaan separuh penggal yang
menjadi sasaran kepada fitnah bermotifkan politik, kita amat rendah diri
mengenai keputusan yang menang besar ini. Majoriti rasmi kita di Kuala Kangsar
ialah 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada pilihan raya umum 2013 dan 9,191
undi di Sungai Besar berbanding 399 pada 2013,” kata Najib dalam satu kenyataan
semalam.
BN diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan tiga
penjuru ini dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon Parti Amanah Negara
(Amanah) dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat
6,902 undi.
Bagi Najib dan BN khususnya, rakyat menunjukkan keyakinan dan kepercayaan
mereka terhadap BN berdasarkan majoriti besar dalam kedua-dua PRK dan
kemenangan BN memperoleh 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak
bulan lalu.
Beliau berjanji, selagi beliau sebagai Perdana Menteri, kepentingan rakyat
akan didahului.
Perdan Menteri berikrar akan menunaikan semua janji
kepada rakyat dengan keutamaan akan terus menumpukan kebajikan ekonomi,
kesejahteraa sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.
Di Sungai Besar semalam Perdana Menteri turut menyifatkan
kemenangan BN itu sebagai titik
permulaan untuk merampas semula Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.
Pencapaian yang menakjubkan dengan majoriti 9,191 undi
itu cukup istimewa buat BN dengan kesabaran dan ketabahan semua di kala “orang kutuk, lanyak, hina kita di bulan
puasa dan Allah beri kemenangan kepada orang yang sabar.”
"Saya cuma nak buat kerja dan sentiasa berdoa jika
saya betul tunjukkanlah dan hari ini Allah telah beri kita dua kemengangan,
moga ia jadi azimat baharu kepada kita semua," katanya yang mengakui tidak
percaya BN boleh mencapai kemenangan besar dengan angka yang diluar jangkaan.
Zahid bersama Mastura dan anak-aanaknya. |
Najib mahu jentera parti untuk kuatkan azam,
bersungguh-sunggu dan berjuang habis-habisan kerana ternyata ada harapan untuk
membawa perubahan di Selangor.
"Kemenangan di Sungai Besar beri momentum untuk
Selangor kembali kepada BN, oleh itu kita perlu terus berjuang, jangan hilang
fokus. Ternyata BN diterima semua kaum dan bukan sahaja Melayu, malahan juga
mendapat sokongan Cina, India dan bukan hanya Jawa dan Banjar tetapi semua
kerana BN berjuang untuk semua kaum," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya
tidak mengambil sikap sambil lewa kerana kemenangan ini bukan tiket untuk
bersenang-lenang, tetapi sebagai semangai baharu untuk mencapai kemenangan
lebih besar pada PRU-14.
"Belum boleh lunjur kaki, kena sinsing lengan dan
turun padang bersama-sama untuk pastikan BN kembali semula di Selangor,"
katanya.
Perdana Menteri juga mengingatkan, kemenangan di dua PRK
itu bukan untuk ahli
serta pemimpin parti itu bersikap ego dan takbur.
Yang paling utama adalah untuk memastikan rakyat sentiasa menyokong BN
kerana ternyata ia parti yang menjadi pilihan.
"Jangan ego, takbur, perlu merendah diri kerana kita berkhidmat
untuk rakyat dan mahu rakyat terus beri sokongan kepada BN," katanya
ketika berucap di Dewan Seri Bernam di Sungai Besar, bagi meraikan kemenangan calon BN, Budiman
Mohd Zohdi tengah malam semalam.
Najib memberi jaminan untuk terus memenuhi kehendak rakyat dan membantu
penduduk untuk mengecapi kemajuan serta masa depan yang cerah. “Cuma BN saja
yang boleh membawa kemajuan, menjamin masa depan, selesaikan masalah, keamanan
dan mencapai kestabilan," katanya lagi.
Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi,
meninggalkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan 5,684 undi, manakala
Amanah yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli mendapat 4,883 undi. Selain
itu, calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang wang deposit apabila hanya
mendapat 54 undi.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Mastura.
No comments:
Post a Comment