Showing posts with label Dr Ahmad Zahid. Show all posts
Showing posts with label Dr Ahmad Zahid. Show all posts

Saturday, April 1, 2017

RUU355 Dibentang Oleh Hadi Di Dewan Rakyat Pada 5 April Ini?


Harap-harap apa yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 dapat dibentangkan sebelum 6 April ini akan menjadi kenyataan.

Jika tidak,  akan malu dan kesipuan besarlah Dr Ahmad Zahid selepas kenyataannya di Kuala Terengganu tempoh hari tidak menjadi kenyataan.

Malah, kerajaaan Barisan Nasional (BN) juga akan dilihat tersangat lemah kerana tunduk kepada desakan parti komponennya, terutamanya MCA dalam isu ini.

Keputusan BN itu memarahkan banyak pihak dalam PAS dan ada yang mengatakan UMNO dan BN memang ‘tidak boleh dipercayai’.

Dr Ahmad Zahid menegaskan hari ini, private member’s bill mungkin boleh dibentangkan selepas semua urusan kerajaan diselesaikan.

Reaksi Dr Ahmad Zahid ini beriringan dengan apa yang disebutkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa walaupun kerajaan tidak akan membentangkannya, Pas sudah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.


Namun, secara beralas Hdi mengatakan masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.

“Saya akan bawa sendiri di parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk bawa dalam sidang (kali) ini juga…akan dibahaskan Insya Allah. Speaker akan tentukan mengikut Standing Order Parlimen selepas urusan kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam sidang media itu.

Sementara itu Ahli Parlimen Pas dari Bachok, Ahmad Marzuk Shaary dalam satu posting di facebooknya berkata, RUU355 akan dibentangkan Rabu depan (5 April 2017).

"RUU355 insya Allah Rabu depan," katanya dalam satu posting kelmarin.

Dr Ahmad Zahid hari ini menegaskan RUU 355 ini akan dibentangkan oleh ahli parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai private member’s bill dan kerajaan akan serahkan kepada peaker Dewan Rakyat untuk mengizinkan pembentangan itu dilakukan setelah semua urusan kerajaan diselesaikan.

"Ertinya, hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah pada 6 haribulan, maka setelah semua urusan kerajaan diselesaikan baru private member’s bill(dibentangkan).

Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tertakluk atas budi bicara Speaker Dewan Rakyat.

Dr Ahmad Zahid juga yakin undian terhadapnya  tidak akan dilakukan semasa sidang Parlimen kali ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan, kerajaan tidak akan membentangkan RUU Akta 355 itu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional kelmarin.

Keputusan itu dibuat selepas Dr Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan akan membentangkan sendiri RUU itu walaupun sebelum ini Hadi sudah dua kali membacakannya di Dewan Rakyat.

Menurut Hadi, pengumuman Najib itu tidak memberikan kesan apa-apa terhadap usaha untuk membentangkan RUU355 ini.


“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Saturday, September 24, 2016

Malaysia Beri Sumbangan Besar Atasi Konflik, Pelarian Syria


Pandangan dan keprihatinan Malaysia terhadap konflik berdarah di Syria diterima baik anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usaha Malaysia ini yang dibuktikan pada persidangan agung PBB itu (UNGA) menggambarkan bahawa diplomasi Malaysia terhadap isu penting global khususnya pergolakan di negara Islam, tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata semalam, selain anggota Majlis Keselamatan, pandangan Malaysia tersebut turut diterima baik oleh pemimpin-pemimpin negara yang terlibat dalam proses mencari penyelesaian di negara bergolak itu

Amat nyata kehadiran Dr Ahmad Zahid ke persidangan PBB kali ini bukan sahaja berbaloi kerana mambawa misi menyelamatkan Syria tetapi beliau sendiri mampu menyuarakannya dengan baik.

Malaysia ‘tidak memerlukan seorang Perdana Menteri’ ke UNGA untuk menyuarakan pandangan sebegini, cukup dengan timbalannya yang memahami keperitan rakyat Syria, malah dapat menyampaikan pendirian Malaysia dengan jelas pada persidangan itu.

Juga pernyataan pendirian Malaysia pada sidang itu menggambarkan Malaysia tidak pernah menutup sebelah mata mengenai kesengsaraan umat Islam, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa bagi menamatkan krisis politik dan isu pelarian Syria.

Amat jelas,  Dr Ahmad Zahid mampu membuktikan bahawa negara kecil seperti Malaysia turut mempunyai peranan penting dalam memberi pandangan dan cadangan bagi mencari penyelesaian berkekalan di negara tersebut.

Pada Khamis, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, telah menyampaikan ucapannya pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Situasi di Syria pada Majlis Keselamatan PBB.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap melalui telefon bimbit ketika mnggaditemubual dalam rancangan bual bicara 'Landskap' terbitan RTM, Jumaat. -fotoBERNAMA

Semalam,  Dr Ahmad Zahid yang kini sedang berada di New York, berkata ketika ditemu bual secara langsung melalui program 'Landskap' terbitan RTM turut menjelaskan pendirian negara dalam melindungi  pelarian Syria.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak tentang keperluan negara  memberi perlindungan kepada 3,000 pelarian Syria, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan itu dilakukan atas nama kemanusiaan dan demi menterjemahkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jumlah tersebut adalah kecil berbanding 1.5 juta pelarian Syaria di Lubnan dan ratusan ribu lagi yang sedang berlindung di negara-negara Kesatuan Eropah.

Hakikatnya, langkah tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu.

Malaysia konsisten selepas pernah memberi perlindungan kepada 300 warga Bosnia yang satu ketika dahulu negara mereka mengalami konflik yang sama.

Malah, Malaysia sudah meminta bantuan Lubnan dalam memenuhi janjinya untuk mengambil 3,000 pendatang Syria yang melarikan diri daripada negara mereka yang sedang bergolak.

Lubnan sendiri, iaitu sebuah negara dengan jumlah penduduk lebih empat juta orang, kini menempatkan  kira-kira 1.5 juta pelarian Syria.

Ini dilihat  satu beban buat Lubnan dan Malaysia i mengalu-alukan rakyat Syria ke negara ini atas dasar kemanusiaan sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri.


Bercakap selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lubnan Tammam Saeb Salam di luar sesi ke-71 UNGA semalam, Dr Ahmad Zahid menjelaskan, Kuala Lumpur dan Beirut akan bekerjasama dalam beberapa bidang termasuk pemeriksaan keselamatan bersama terhadap pendatang yang berpotensi dipindahkan sementara ke Malaysia.

Merujuk kepada sejumlah bayaran yang dikenakan ke atas rakyat Syria kerana tinggal melebihi masa, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan,  Lubnan telah meminta untuk melihat perkara ini bagi pendatang Syria yang berpotensi tinggal di Malaysia.


Malaysia turut meminta Lubnan memberikan bantuan teknikal untuk membolehkan warga Syria diterbangkan ke Malaysia.

Saturday, July 23, 2016

Shahrizat - 'Jangan Menangguk Di Air Keruh' Dalam Isu DOJ


Cerita, plot dan skrip yang hampir sama!!!

Wanita UMNO mengingatkan sebarang langkah menangguk di air keruh menggunakan kuasa asing untuk menggulingkan kerajaan mungkin membawa kesan seperti dialami Iraq dan Syria.

Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesan daripada tindakan itu bukan saja mengundang konflik malah bakal menyebabkan perang saudara berpajangan.

Dalam kenyataannya berhubung saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap 1MDB, Shahrizat berkata asas utama yang perlu dipegang ialah, seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

Katanya, Wanita UMNO mengalu-alukan langkah tegas kerajaan untuk terus memberi kerjasama dengan semua pihak dan badan siasatan antarabangsa berhubung isu berkenaan.

Pada masa sama katanya pergerakan itu menolak usaha pihak tertentu yang mahu menangguk di air keruh dengan menggunakan mana-mana kuasa asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Kesan daripada cara-cara seperti ini tidak akan mampu ditangani seperti yang berlaku ke atas Iraq dan Syria, yang akhirnya bukan saja mengundang konflik bahkan perang saudara berpanjangan," katanya yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Dr Ahmad Zahid...kerajaan pandang serius
Rabu lalu DOJ menyatakan langkah mereka mahu menyita pelbagai aset bernilai AS$731 juta yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB dan wang itu dikatakan mengalir ke akaun bank rasmi seseorang dikenali sebagai 'Malaysian Official 1'.

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

Saman sivil itu juga menuntut untuk melucutkan hak sivil pihak terlibat di Los Angeles bagi membolehkan pihak berkuasa AS merampas harta tanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.

Turut dinamakan dalam saman itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Sehubungan itu, bekas menteri kabinet itu berkata, Wanita Umno akan terus memberi sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak memandangkan nama perdana menteri tidak disebut dalam saman sivil tersebut.

"Wanita UMNO  menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

"Adalah jelas dalam tindakan sivil berkenaan, nama perdana menteri tidak sama sekali disebut dan hak untuk memberikan keterangan perlu diberikan kepada mereka yang terlibat melalui proses perundangan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mana-mana individu atau syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana saja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan.

Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dan keutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.

"Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.

"Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara. Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi," katanya.

Katanya, kerajaan memandang serius tindakan DOJ AS yang  memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ AS dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.

Katanya Malaysia sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya dari segi ketelusan dan akauntabiliti.


"Dalam kapasiti saya sebagai Menteri Dalam Negeri, saya boleh mengesahkan bahawa siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya Polis Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Friday, July 15, 2016

Dr Zahid: BN Akan Guna Taktik Dr Mahathir Terhadap Dirinya


Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak tergugat dengan laporan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menubuhkan sebuah parti pembangkang baru, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita dari Ulaanbaatar, Mongolia, Dr Ahmad Zahid berkata UMNO dan BN akan berjuang habis-habisan untuk memastikan ia terus menjadi kerajaan dengan menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh bekas perdana menteri itu.

"Malahan orang yang mahu menubuhkan parti baharu berkenaan juga suatu masa menjadi pemimpin mengambil tindakan yang sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang diajar kepada kami, kami akan laksanakan.

"Dan jika orang itu berada di sebalik sana, kita akan lakukan sebagaimana yang beliau lakukan suatu ketika dulu kepada musuh politik beliau," katanya yang dipetik oleh Bernama.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan tergugat dengan parti baru Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu semalam mengesahkan spekulasi bahawa parti baru sedang dalam penubuhan sambil menambah bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada gabungan besar pembangkang bagi menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir berkata anaknya Datuk Seri Mukhriz, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, masing-masing telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada parti baru itu.

Dr Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta parti-parti komponen BN supaya merapatkan barisan dan menghadapi apa juga cabaran bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam masa dua tahun.

"Kita mahu BN terus kukuh, menang dan jadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.

Menurut beliau, kemenangan BN pada pilihan negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan kerajaan terus meraih sokongan rakyat, namun mereka tidak boleh terlalu yakin.


Kata Dr Ahmad Zahid, walaupun BN tidak menafikan pembangkangmempunyai pengaruh, terpulang kepada rakyat untuk membuat perbandingan dan melihat prestasi pencapaian yang ditunjukkan BN selama ini.

Sunday, June 5, 2016

Dr Ahmad Zahid Minta 40,000 Pengundi Sungai Besar Pilih Budiman


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap lebih 40,000 pengundi di Parlimen Sungai Besar akan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi  untuk menjadi wakil mereka.

Ini adalah kerana beliau adalah calon tempatan yang dikenali dan mengetahui isu dan permasalahan penduduk kawasan itu.

"Saya berharap pengundi di Sungai Besar akan dapat melihat ini bukan dengan emosi tetapi dengan kenyataan daripada rekod cemerlang yang telah diperlihatkan oleh wakil-wakil rakyat terutama Anggota Parlimen BN sebelum ini," katanya.

Pengurus PRK Sungai Besar Khairuddin Md Som mengesahkan tiga calon iaitu Budiman daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, layak bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.


Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi daripaDa kaum lain.

Dr  Ahmad Zahid yang juga Naib Pengerusi BN turut menasihatkan kepimpinan parti komponen BN untuk mengukuhkan dan merapatkan barisan bagi memastikan kemenangan besar bagi calon BN yang bertanding.

"Untuk jentera (PRK), saya ucapkan terima kasih kepada semua parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti mesra BN. Kita lihat (parti komponen) semangat begitu tinggi dan tidak ada sebarang insiden yang berlaku.

"Kita hendaklah berada dalam satu pasukan untuk hadapi rakyat kerana rakyat yang menjadi hakim untuk menentukan siapakah yang bakal (dipilih) menjadi anggota Parlimen nanti," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata BN akan mengambil pendekatan sederhana, namun akan memastikan mesej kempen disampaikan dengan jelas kepada semua pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai menghormati bulan Ramadan.

Menurutnya, bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang bagi anggota jentera pilihan raya BN yang beragama Islam untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.

"Kumpulan berbeza (parti bertanding) tentunya pendekatan yang berbeza. Tetapi kita yakin pendekatan itu perlu sesuai dengan citarasa tiap-tiap khalayak tumpuan," katanya.


Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar, Ahmad Zahid berkata: "BN tidak mahu bersikap takabbur ataupun riak dan Insya-Allah kita sentiasa berada di barisan hadapan".

Katanya BN tidak akan mencampuri urusan dan masalah yang dihadapi antara PAS dengan Pakatan Harapan dan hanya memfokuskan menjaga rakyat.

"Kita tak mahu melayani perbezaan begitu. Justeru saya harap rakyat memberikan kepercayaan kepada BN," katanya.

Timbalan Perdana Menteri selain itu, turut berharap parti yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil kali ini dapat terus mengekalkan kematangan politik semasa berkempen sepertimana dipaparkan pada proses penamaan calon hari ini.

Menurutnya, kematangan politik itu dapat dilihat berdasarkan suasana tenang dan keharmonian yang ditunjukkan antara penyokong dan calon parti-parti bertanding ketika proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak.

"Kepimpinan ketiga-tiga parti telah dapat bertemu dengan baik, bukan hanya sekadar membicarakan soal-soal politik tapi juga kami (duduk semeja) makan bersama. Suasana ini harus diterjemahkan dalam tempoh kempen.

"Saya merasakan ini bagi menghormati bulan Ramadan (bermula esok). Bagi saya jika perbezaan pendapat dapat diraikan dengan akhlak dan sahsiah terpuji, maka saya fikir terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa (calon) yang terbaik," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian pada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).


(dari kiri) Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Ahmad Termizi Ramli, Mohamad Kamil Shafie yang mewakili calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon BEBAS Izat Bukhary Ismail Bukhary
Di PRK Kuala Kangsar, ia  menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.
  
Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Nama empat calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi mengikut daftar pemilih yang didaftarkan SPR sehingga 7 Mei lepas.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noriah mengalahkan calon PAS Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Bebas Datuk Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi.

sumber - BERNAMA

Monday, May 30, 2016

PRK Parlimen Kuala Kangsar...Orang Rapat PMO Persoal Dr Ahmad Zahid?


Sudah banyak kali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘dibelasah’ oleh sebuah blog yang dikaitkan dengan ‘orang yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO)’.

Di kalangan bloggers pro-UMNO, ramai yang tahu siapa memiliki blog berkenaan dan siapa penulisnya.

Isu sebelum ini tidaklah perlu dilayan sangat tetapi catatan blog ini pada 30 Mei 2016 (semalam) dengan tajuk ‘Datin Mastura Idea Siapa’ bagaikan ada tuduhan terhadap Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO.

Apabila disebut bahawa: “Blog ini merisik juga nak tahu siapa yang guna idea tampilkan isteri bekas Wakil Rakyat sebagai calon di Kuala Kangsar. Katanya, yang paling kuat melobi adalah seorang Naib Presiden. Dia yang berani beri jaminan, jika letak Datin Mastura, kemenangan sudah 90 % pasti.”, ia bagaikan memeprsoalkan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon berkenaan.

Juga amat jelas Naib Presiden UMNO dipersoalkan cadangan dan jaminannya bahawa BN akan menang.

Malah, dikatakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid itu dibuat secara ‘tangkap muat’. Kesian dengan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ini, belum apa-apa sudah diperlekehkan oleh penyokong parti sendiri.

Sedangkan Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pemilihan Mastura telah mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.

"Umno mengadakan perbincangan dengan beberapa ulama, termasuk mereka yang menganggotai jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, selain turut berbincang dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bagi mendapatkan pandangan dan pendapat," katanya di Tokyo semalam.

Kenapa orang yang rapat dengan pejabat PMO ini tidak berkenan sangat dengan Dr Ahmad Zahid dan apakah mereka meramalkan BN akan kalah di Kuala Kangsar?


Umum semua tahu hanya dua Naib Presiden kini dalam UMNO iaitu Dr Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kebetulan Dr Ahmad Zahid orang Perak dan menjadi ketua perang pilihan raya kecil (PRK) di dua Parlimen 18 Jun ini, maka sudah pasti bukan Hishamuddin yang dimaksudkan. Hishamuddin hanya ikut atau akur.

Blog berkenaan mempersoalkan keputusan yang dipersetujui oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan: “Salah satu strategi paling penting dalam warfare adalah permulaan yang baik. Kalau mula-mula dah macam langkah kiri, memang bahaya. Ada sahaja yang tak kena. Kalau baca buku Kanang Anak Langkau pun, dia guna amalan sama. Langkah awal mesti kena tepat. Kalau sebelum melangkah dah ada masalah, itu tandanya ada yang tak kena.”

Kata blog itu lagi: “Kita harap idea ini menjadi. Memilih wakil rakyat atas dasar simpati, memang tidak berdosa tetapi akan meletakkan calon sendiri dalam tekanan. Selepas ini apa? Mastura nak bertanding apa? Ketua Wanita Bahagian? Nak jadi Exco Wanita UMNO Malaysia? Semua atas dasar simpati ke? Arwah ada anak lelaki. Patut fikirkan lebih sempurna. Bukan tangkap muat macam ini.”

Mereka turut mempersoalkan soal undi simpati apabila mengatakan ia memang ada kalanya berguna. menurut blog itu, “Outpuring of sympathy and despair, ada kalanya memang menjadi. Banyak dah terjadi sebelum ini. Tapi soalnya apakah calon itu sendiri bersedia. Mastura pun guna kad simpati. Tak cerita pasal khidmat. Tak cerita pasal kemampuan. Tak cerita pasal kesungguhan meneruskan khidmat Allahyarham suami dahulu.”

Malah memburukkan keadaan itu, “Belum-belum dah kena balun soal iddah dan pengetahuan hukum agama. Sudah defensif. Sudahlah cuba raih simpati, defensif pulak.”

Kesian dengan pemimpin UMNO sekarang, khususnya Perdana Menteri sendiri.

Bukan mendapat tekanan daripada pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad, Deklarasi Rakyat dan parti komponen yang menentang RUU tetapi orang di kelilingnya turut ‘menikam beliau dari belakang’.

Atau apakah strategi untuk melaga-lagakan Perdana Menteri dengan Timbalannya? Apakan pemilik blog ini di'remote control' oleh sesiapa?

Bilakah Najib nak percaya dengan laporan mengenai ada mereka yang ‘bahaya di sekelilingya’ oleh mereka yang ikhlas dengannya,  tidaklah dapat dipastikan.

Yang pasti mereka seperti inilah yang mudah untuk menenggelamkan Najib.

Julius Caesar dibunuh pada 14 Mac Tahun 44 (Sebelum Maseh) bukan kerana ditikam hingga mati oleh musuh politiknya tetapi oleh sekumpulan orang terdiri daripada rakan-rakan lama dan orang di sekelilingnya.

Kalaupun Najib tidak mahu mengendahnya. Dr Ahmad Zaid wajar ambil pengajaran daripadanya!!!