Friday, May 13, 2016

Najib, UMNO Tidak Laku Di Sarawak, Kemenangan BN Kerana Adenan


Sebelum keputusan pilihan raya negeri (PRN) di Sarawak diumumkan 7 Mei lalu, suasana mirip dengan pencapaian luar biasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004, memang sangat-sangat dirasai.

Ketika itu, selepas 22 tahun kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, pengundi begitu bersemangat untuk melihat perubahan dan memberi kemenangan besar kepada BN yang dipimpin oleh perdana menteri baharu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia adalah satu mandat baharu yang dialu-alukan selepas lebih dua dekad di bawah era Dr Mahathir..

Selepas hampir 33 tahun di bawah kepimpinan ketua menteri Tun Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan dua tahun lepas, banyak petunjuk yang memperlihatkan pengundi bersedia memberi kemenangan luar biasa kepada penggantinya, Tun Adenan Satem, pada pilihan raya kali ini.

Adenan sehingga hari penamaan calon merupakan faktor kemenangan dan penarik paling besar bagi BN di negeri terbesar ini dengan populariti dan jalinan mesra rakyat dengan kerajaan (Feel Good Factor) terserlah serta mencerminkan impak berkesan dalam tempoh yang singkat.

Ironinya, sebelum PRN itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR0 mengumumkan pster atau bunting gambar Perdana Menteri, DatukSeri Mohd Najib Razak ‘diharamkan’. Ia dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebagainya.
  

Malah, Adenan pula menolak kewujudan UMNO di negeri itu. Dengan kata lain, hanya ‘duit’ Najib dan Kerajaan Pusat sahaja dialu-alukan.

Najib mengakui perkongsian kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak serta kepimpinan Adenan merupakan dua faktor utama pencapaian cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lepas.

Perkongsian itu memungkinkan banyak perkara yang tidak termimpi sebelum ini seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sekali gus membantu menyakinkan rakyat Sarawak untuk mengundi BN.

"Jadi, orang Sarawak melihat kalau mereka nak pembangunan, agenda prasarana mereka diselesaikan, dan kalau mereka nak bawa Sarawak ke tahap lebih tinggi, mereka perlukan sebuah kerajaan negeri yang ada hubungan begitu serasi dan akrab dengan kerajaan pusat," kata Najib.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Temu Bual Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang disiarkan secara langsung malam ini.

Jadi apa sumbangan Najib?

Ia berkaitan dengan kekerapan beliau turun padang dan komited berkempen serta membantu menyelesaikan masalah dan memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira etnik dengan mengumumkan bantuan dan peruntukan yang perlu diambil kira.

Sekiranya demikian, bagaimana BN Sarawak boleh mencapai kemenangan 72 kerusi dari 82 kerusi dipertandingkan?


Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata kemenangan BN dalam PRN Sabtu lalu merupakan referendum untuk Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemenangan itu juga  berdasarkan penilaian rakyat terhadap kepimpinan Adenan.

Jeniri berkata, PRN dan PRU merupakan dua perkara berbeza kerana watak, isu dan penilainya juga berbeza.

Menurutnya, kemenangan BN di Sarawak disebabkan populariti Adenan yang mengatasi semua kaum selain sokongan kuat setiap masyarakat.

“Ia juga disebabkan 53 langkah transformasi yang diperkenalkan Adenan dan ia disenangi rakyat. Bahkan ‘Demam Adenan Satem’ juga telah ‘membunuh’ (secara politiknya) beberapa kerusi 'milik' DAP sebelum ini.

“Strategi politik dan aura Adenan merupakan aspek yang amat ampuh sehinggakan isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), GST dan derma RM2.6 bilion tidak berupaya mempengaruhi pengundi termasuk di kawasan bandar,” katanya.

Tambah Jeniri, pendekatan Adenan dengan menggempur kawasan yang diyakini mampu memberi kemenangan kepada BN dilihat berkesan. Malah, kemenangan BN di Sarawak dilihat tidak dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pusat sepenuhnya.

“Jika ada ia hanya berlaku pada tahap tertentu. Keyakinan itu bagaimanapun bagus untuk menyemarakkan psikologi dan moral perdana menteri dan kepimpinan BN, tetapi pada masa sama mereka perlu realistik bahawa undi tersebut adalah referendum untuk Adenan.

Jadi jangan gembira sangatlah Najib dan UMNO kerana bukan faktor mereka menyebabkan kemenangan BN di Sarawak.

Malah, pensyarah kKanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berucap pada forum mengenai politik di Sarawak anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur, berkata kepimpinan baharu Sarawak yang diketuai Tan Sri Adenan Satem, menjadi punca utama kemenangan besar BN menang pada PRK itu.

Katanya,  Adenan yang mengambil alih jawatan ketua menteri sejak dua tahun lalu, dilihat memberi kesan besar kepada rakyat pelbagai etnik di negeri itu.

Sifat dan personaliti yang dibawa beliau menunjukkan masyarakat Sarawak menyenangi perubahan yang dibawa sepanjang memimpin negeri itu.

 "Sifat keterbukaan Adenan yang dilihat sangat popular dalam kalangan rakyat Sarawak menjadi faktor kemenangan BN. Beliau menyatukan semua etnik Sarawak sebagai satu nasionalisme baharu.

 "Disebabkan itu, kami lihat dua pertiga kemenangan BN datang dari kawasan pedalaman dan luar bandar yang begitu yakin dengan kepimpinan Adenan," katanya.

Merumuskan Najib bukan faktor, pendapat ini boleh dinilai kebenarannya:


“... despite Najib having made his presence there, it was not his face that was plastered all over the state. Instead, it was only the State’s Chief Minister Tan Sri Adenan Satem’s ‘face’ on all the posters as though he was the leader of BN in the State.

Najib must also remember that Adenan, despite welcoming Najib to Sarawak, did say that he will resign should Umno enter the state.  Adenan said he was not waiving on this as he did not want Sarawak’s politics to sway towards the ‘political mess’ that were present in the Peninsular.

As much as Peninsular BN wants to credit itself over the win, Adenan would have won the elections even without them.”


Semuanya ini merumuskan bahawa kredibiliti Najib dan UMNO 'terhempas di Sarawak' dan kesan jangka panjang akan dapat dirasai sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

No comments:

Post a Comment