Dua lagi pemimpin tinggi UMNO semalam mengingatkan ahli
parti itu bahawa kini adalah suasana ‘genting’ dan kerana itu perlu bekerja
keras bagi menjamin kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
meminta anggota parti supaya tidak mudah merasa selesa sebaliknya perlu bangkit
menumpukan usaha untuk berdepan cabaran pada PRU14 akan datang.
Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
yang mengakui senario politik negara ketika ini genting, mengajak semua ahli UMNO supaya tidak mengambil
kesempatan memburukkan keadaan dalam parti dengan soal remeh, termasuk isu
peribadi, seperti mahu berebut jawatan.
Hishamuddin mahu anggota UMNO menghimpunkan segala
kekuatan, memfokuskan pemikiran dan menzahirkan kebersamaan dengan tidak
sesekali memperjudikan masa depan parti, agama, bangsa serta tanah air.
"Dengan azam yang kuat, saya mahu anggota UMNO bangkit dengan semangat luarbiasa bahawa menerusi parti ini kita mempertahankan kedaulatan serta maruah kehidupan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Pahang, semalam.
Dalam masa yang sama, Hishamuddin turut mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO mengetepikan kepentingan peribadi dan kembali merapatkan saf demi kepentingan rakyat dan negara ini.
Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin mengingatkan, jika UMNO gagal membuat perancangan dan tidak bersiap
sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala
kemungkinan termasuk kehilangan kuasa."Dengan azam yang kuat, saya mahu anggota UMNO bangkit dengan semangat luarbiasa bahawa menerusi parti ini kita mempertahankan kedaulatan serta maruah kehidupan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Pahang, semalam.
Dalam masa yang sama, Hishamuddin turut mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO mengetepikan kepentingan peribadi dan kembali merapatkan saf demi kepentingan rakyat dan negara ini.
Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled
Justeru itu, semua anggota UMNO Johor perlu memastikan
bahawa parti ini kekal relevan, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga
bagi masyarakat bukan Melayu.
Menteri Besar Johor itu menganggap PRU14 adalah
perjuangan “hidup atau mati” bagi UMNO berikutan serangan demi serangan yang
dihadapi parti itu pada masa ini.
Beliau tidak mahu UMNO menjadi bahan kritikan dan senda,
kerana yang menyerang UMNO kini bukan hanya musuh tradisi politik tetapi juga
ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan UMNO.
Demi memastikan parti kekal relevan, beliau memberi
saranan agar UMNO mengambil langkah proaktif untuk memperkasa dan
memperjuangkan Islam bagi menyatupadukan semua orang Melayu di negara ini.
Hishamuddin pula meminta ahli UMNO menjadi benteng
pertahanan UMNO yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan serangan
daripada segenap penjuru.
Kata Menteri Pertahanan itu, ujian demi ujian yang dihadapi oleh UMNO dari masa ke semasa mematangkan lagi parti itu untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih getir.
Berikutan landskap politik kini sudah berbeza, sekali gus memerlukan parti melakukan perubahan untuk memastikannya terus kekal releven untuk membela agama, bangsa dan negara.
Kata Menteri Pertahanan itu, ujian demi ujian yang dihadapi oleh UMNO dari masa ke semasa mematangkan lagi parti itu untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih getir.
Berikutan landskap politik kini sudah berbeza, sekali gus memerlukan parti melakukan perubahan untuk memastikannya terus kekal releven untuk membela agama, bangsa dan negara.
Ahmad Bashah pula menggesa semua semua pemimpin UMNO di
segenap peringkat di Kedah khususnya agar mengenepikan segala isu berkaitan
kepentingan peribadi, sebaliknya menumpukan usaha memenangkan parti pada PRU14.
Menurutnya, soal pemuafakatan dalam keluarga UMNO harus
terus diperkukuh sebagai resipi paling mujarab untuk mengembalikan keyakinan
rakyat kepada parti.
"Tak kiralah di peringkat bahagian atau sayap, semua
masalah yang timbul harus letak tepi. Kita sudah 13 kali menghadapi PRU dan
kalau kita nak berjaya, itulah penawar yang paling mujarab dalam menghadapi
rakyat apabila kita kembalikan kuasa kepada mereka.
"Soal nak lawan ketua bahagian untuk pemilihan, itu
kita tolak tepi dahulu sebab ini bukan masanya. Tumpuan kita haruslah PRU-14
kerana kalau hilang kuasa dalam PRU, menangis pun sudah tak guna," katanya
ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen UMNO Kedah 2016 di Sungai Petani, semalam.
Ahmad Bashah menggesa semua ahli UMNO, khususnya pemimpin
di segenap peringkat di Kedah membuka mata terhadap soal cabaran yang dihadapi
parti ketika ini, terutama berhubung realiti yang dipenuhi pelbagai persepsi,
tuduhan dan fitnah.
Justeru, beliau mahu Konvensyen UMNO Kedah 2016 digunakan
sebaik mungkin sebagai pentas untuk mencari formula terbaik menangani setiap
cabaran itu, bagi memastikan matlamat BN Kedah menang lebih banyak kerusi di
peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen direalisasikan.
No comments:
Post a Comment