Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah
penubuhan parti Baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan
beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata adalah
terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti Baharu itu
ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mahu dengar ada kalangan Pemuda berkata
ia hanyalah parti serpihan atau parti kecil yang tidak akan bertahan
lama... itu angkuh namanya dan orang Melayu tidak suka.
"Sepatutnya kita kata tidak apa, penubuhan parti itu
kita ambil serius sebab yang tubuhkannya adalah orang-orang besar, namun
kita tetap yakin dan percaya parti itu tidak akan mendapat sokongan
majoriti orang Melayu berbanding UMNO," katanya.
Berucap semasa menutup persidangan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian
Sepang malam tadi, Khairy berkata keadaan mungkin berubah jika parti yang
akan ditubuhkan itu membawa agenda lebih besar kepada negara, bukannya
semata-mata
untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
untuk menjatuhkan seorang pemimpin.
Beliau berkata hasrat parti yang dikatakan bakal
diterajui Muhyiddin itu, bertujuan menarik sokongan dari kalangan
penyokong dan anggota UMNO bagi menjayakan agenda menjatuhkan Presiden
parti Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda selaku benteng hadapan parti.
"Selagi presiden tidak membuat perkara yang salah,
selagi memegang amanah dengan baik, tanggungjawab kita sebagai orang muda
di dalam parti adalah untuk mempertahankan institusi presiden dan
kepimpinan parti yang dipilih secara demokratik," katanya.
Khairy sekali lagi menegaskan bahawa anggota dan Pemuda UMNO
tidak perlu risau digelar 'macai', 'balaci' atau lain-lain gelaran negatif
dalam peranan mempertahankan parti dan presiden kerana ia merupakan tugas
yang perlu dilalui selaku jentera parti.
"Kita perlu gandakan usaha pastikan presiden tidak
keseorangan, pastikan apa yang disebut oleh presiden dibawa kepada
masyarakat, cakaplah dan sebutkan ia di mana sahaja kerana itu memang
peranan kita selaku tangan dan jentera kepada
presiden," katanya.
presiden," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata anggota UMNO tidak boleh
mempunyai sikap mudah mengalah terhadap persepsi negatif yang dicipta
musuh sebaliknya perlu bangkit dan tangkas mempertahankan parti
terutamanya dalam persekitaran politik
yang mencabar ketika ini.
yang mencabar ketika ini.
Beliau berkata UMNO tiada masalah dalam aspek khidmat
masyarakat tetapi pertarungan melawan sentimen merupakan cabaran yang
perlu ditangani dengan lebih cemerlang oleh jentera penerangan, khususnya
dalam menangani fitnah, cacian dan cemuhan di alam maya.
Bernama
No comments:
Post a Comment