Thursday, August 18, 2016

Sarawak Report Menipu, Tuduhan Hakkasan Terima Dana 1MDB


Hakkasan Ltd, sebuah syarikat yang mengendalikan kelab malam utama di Las Vegas, menafikan menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib presiden Hakkasan bagi hal ehwal perundangan, Brandon Roos, dalam sepucuk surat kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) berkata, syarikat itu telah menjalankan "kajian dalamannya sendiri terhadap dokumentasi pembiayaan".

Malaysiakini memetik beliau berkata dalam surat itu bahawa mereka tetap "yakin sepenuhnya bahawa Hakkasan menerima modal daripada dana yang sah di Timur Tengah" yang tidak berkaitan dengan entiti yang terlibat dalam urusan 1MDB.

Laman web Sarawak Report sebelum ini mendakwa dokumen dari British Virgin Island mungkin mengaitkan sebuah kelab malam di Las Vegas dengan dana 1MDB.


Dokumen yang diterbitkan oleh laman web luar pesisir pemantau pusat kewangan Offshore Alerts mengaitkan kelab malam dan rantaian restoran Hakkasan dengan Khadem Abdullah al-Qubaisi.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini, mendakwa Khadem menerima dana AS$473 juta dari 1MDB, melalui akaun bank Edmond de Rothschild di Luxembourg di bawah nama Amanah Vasco.

Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan, Marc Ambroisien dibidas kerana meluluskan urusan tersebut pada tahun 2015. Beliau kemudian meninggalkan bank itu pada April tahun yang sama.

Menurut Sarawak Report sebelum ini, dokumen BVI pada November 2015 menunjukkan Ambroisien masih mengekalkan hubungannya dengan Khadem.

Jadi benarlah seperti didakwa oleh Kerajaan Malaysia bahawa  editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London memang pembohong dan sebahagian daripada konspirator yang mahu menumbangkan Perdana Menteri.

Najib berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Sebelum ini Sarawak Report melaporkan, dokumen yang ditandatangani oleh Ambroisien, menunjukkan bahawa beliau adalah pengarah Dana Strategik Tasmeem, yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Strategik Vasco.

Syarikat Tasmeem Real Estate adalah antara pemegang saham Hakkasan, menurut pemfailan pengawal selia UK, kata Sarawak Report dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.

Menurut, Sarawak Report, ini juga menunjukkan bahawa Khadem masih mempunyai kepentingan dalam Hakkasan, walaupun kononnya memutuskan hubungan selepas meletak jawatan sebagai pengerusi pada bulan April lalu.

"Jelas, Vasco dan Tasameem kekal dikaitkan dengan sumber hasil yang sama," kata Sarawak Report.
"Sarawak Report percaya pihak berkuasa global yang menyiasat hubungan kewangan Quabaisi (Khadem) akan beralih minat mereka dengan perniagaan berbilion dolar Hakkasan."

Khadem membeli jenama Hakkasan pada harga GBP 69 juta pada 2009, dan mengembangkan kelab malam di Las Vegas itu pada 2013, katanya.

Hakkasan juga mempunyai restoran di 12 lokasi di seluruh dunia, termasuk di Jakarta, Doha, Dubai, Mumbai, New York, San Fransisco dan Miami.

Khadem adalah antara empat individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah DOJ untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng dari 1MDB.


Tiga lagi mereka, termasuk rakan perniagaan Abu Dhabi Mohammed Badawy al-Husseiny, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang juga adalah penerbit Hollywood serta ahli perniagaan, Jho Low.

Dalam penjelasan hari ini, Hakkasan Ltd melalui Bradon Roos mengatakan amat jelas DOJ Amerika Syarikat sudah mengesahkan Hakkasan "bukan subjek atau sasaran penyiasatan mereka terhadap 1MDB."

Hartawan UAE,  Khadem individu penting dalam siasatan 1MDB, dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa negara itu minggu lalu. Khadem sebelum ini menjadi pengerusi Hakkasan.

Dalam surat yang berasingan kepada WSJ, seorang peguam yang mewakili Hakkasan berkata ketidakterlibatan firma dalam saman sivil itu adalah bukti jelas bahawa DOJ tidak mendapati syarikat itu menjadi "benefisiari atau saluran bagi pengubahan wang yang diperolehi secara tidak sah oleh Khadem dan sekutunya."

Sumber-sumber juga memberitahu WSJ bahawa tidak ada dakwaan sebarang salah laku terhadap Hakkasan atau pekerjanya.

Mereka mengesahkan bahawa siasatan Amerika Syarikat tertumpu kepada tindakan Khadem, yang kebanyakannya berlaku dalam bidang kuasa luar pesisir.

Siasatan kerajaan Amerika itu bagaimanapun, berkaitan dengan pembiayaan yang diperolehil Hakkasan ketika atau selepas 2012, apabila sebahagian daripada dakwaan berlaku penipuan yang didakwa membabitkan 1MDB, yang dikatakan melibatkan Khadem.

Entah berapa banyal lagi laporan Sarawak Report yang menipu seperti ini?

No comments:

Post a Comment