Jawapan Menteri Kerja Raya mengenai isu Jambatan Manong mendedahkan
kebenaran bahawa ia sengaja diumum sebagai menarik undi dalam Pilihan Raya
kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Janji Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa kerajaan pusat
tetap akan membina Jambatan Manong di Kuala Kangsar walaupun PRK kali ini tidak
memihak kepada Barisan Nasional (BN), bukan sukar difahami.
Kerajaan hanya mahu membuktikan ia sebagai kerajaan yang melunaskan
komitmennya (komitmen terbaru).
Lagipun soal jambatan ini memang dalam lima agenda bertajuk
'Memperjuangkan Harapan Orang Kuale' calon Barisan Nasional PRK berkenaan, Datin
Mastura Mohd Yazid.
Namun persoalannya, soal pembinaan jambatan ini isu lama.
Fadillah mengatakan jambatan itu telah diluluskan dalam
Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).
Namun kenapa sebelum ini tidak diumumkan untuk dibina jambatan berkenaan?
Kenapa tunggu pembangkang soal serta mendedahkan
kesukaran penduduk pada kempen PRK kini, baru menyatakan
komitmen?
Komitmen terkini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak meluluskan peruntukan RM43.5 juta bagi membina jambatan itu yang
menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong, berhampiran Kuala
Kangsar, ketika ke Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Fadilah semalam menafikan kelulusan kerajaan untuk
memberi peruntukan membina jambatan itu, kempen pilihan raya.
Bagaimana bukan untuk pilihan raya, bukankah ia
terkandung dalam manifesto, selain menjawab isu yang ditimbulkan pembangkang?
Yang mana satu betul?
Selain itu menteri itu mendakwa ia sebagai menunaikan impian bekas
ahli Parlimen kawasan itu, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan
Ahmad.
Amat nyata jika ikut penjelasan Fadilah, projek ini mengikut
apa yang dijanjikan oleh PM dan yang diharapkan oleh arwah, calon BN serta
pemimpin setempat untuk kebajikan penduduk di Manong, katanya kepada pemberita
selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Manong, semalam.
Fadilah boleh mengata ini bukan projek pilihan raya.
Namun pembangkang mengatakan impian untuk jambatan itu
bukan baru. Rakyat di Manong dan Kuala Kangsar tahu, sudah banyak pihak yang
berjanji.
Pembangkang berkata pemimpin Kuala Kangsar dari BN sudah menyebut perkara ini banyak kali. Allahyarham Wan Mohamad Khair-il jadi wakil rakyat baru sahaja.
Kenapa sebut impian Allahyarham sahaja?
Bagaimana dengan
hasrat dan impian Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan terdahulu. Bekas ADUN
Manong, Datuk Ramly Zahari tiada impian itu?
Patutlah ada yang berkecil hati dengan
kenyataan-kenyataan dan pemimpin BN pada PRK kali ini.
Apapun, semua pihak mengharapkan ia cepat dibina demi dapat dimanfaatkan pengguna dan orang ramai.
Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana bersedia
melaksanakan projek itu selewat-lewatnya
Mac tahun depan.
Namun cara pengumuman dan tujuannya untuk memenuhi impian
itu tetap dipersoalkan.
Seolah-olah pemimpin politik lain tidak berfikiran
sehebat Allahyarham selain seolah-olah kerajaan hanya melihat sumbangan orang
terbaharu, bukan Ahli Parlimen dan ADUN sebelum ini.
Bukan Melayu sahaja mudah lupa.
Jelas di sini kerajaan dan BN sudah melupakan jasa-jasa Ahli Parlimen dan ADUN di Kuala Kangsar, sebelum ini!!!
No comments:
Post a Comment