Cakaplah
apa pun!
Yang pasti kerajaan bertindak berani menggunakan kutipan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) seperti diumumkannya sewaktu membentangkan
Bajet 2016 untuk menyelamatkan ekonomi negara walaupun langkah itu tidak
popular di kalangan orang ramai.
Putrajaya
mengambil langkah berani itu kerana pendapatan hasil petroleum negara menyusut
akibat penurunan harga minyak di pasaran yang merupakan satu situasi di luar
jangkaan.
Antara
sindiran kasar yang sering dilemparkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak adalah beliau digambarkan sebagai seorang "penakut" dan
"roti canainya tanpa telur".
Namun
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) bagaimanapun tidak bersetuju dengan
tuduhan liar itu.
Sebaliknya,
beliau menyifatkan Najib sebagai "roti canai dengan telur" kerana
keberaniannya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang
menyelamatkan negara dari ketidaktentuan ekonomi dunia.
"Semasa mantan Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi menteri
kewangan dan Kubang Pasu (Tun Dr Mahathir Mohamad) jadi perdana menteri, sudah
uar-uarkan GST tetapi tak ada semangat politik (nak laksana).
"Adakah
Yang Berhormat bersetuju bahawa Pekan (Najib) ini adalah 'roti canai ada
telur'. Dia berani. Adakah Bagan Serai setuju? Ini bukan nasib, ini
kebijaksanaan dan kepandaian yang terancang," kata Abdul Latiff di
Parlimen semalam.
Kenyatan
Abdul Latiff itu kemudian disambut oleh Dr Noor Azmi Ghazali (BN- Bagan Serai)
yang berkata beliau amat bersetuju.
"Saya
amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mersing. Betullah, roti canai ada
telur. Ada roti canai tak bertelur.
"Pekan
mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang baik dan
adil yang selaras dengan denyut nadi rakyat," kata Noor Azmi.
Kini GST dianggap
sebagai penyelamat kepada kedudukan fiskal negara di tengah-tengah kelembapan
ekonomi dunia, kata penyokong kerajaan.
Sementara
itu, Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata keputusan kerajaan melaksanakan GST
adalah amat tepat kerana ia membantu mengurangkan defisit fiskal negara.
"Tanpa GST, defisit fiskal kita akan melebar kepada 4.8 peratus tahun ini tetapi kerana GST, bukan sahaja kita dapat mencatat angka 3.2 peratus tahun ini malah diunjurkan berkurang kepada 3.1 peratus tahun hadapan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Tanpa GST, defisit fiskal kita akan melebar kepada 4.8 peratus tahun ini tetapi kerana GST, bukan sahaja kita dapat mencatat angka 3.2 peratus tahun ini malah diunjurkan berkurang kepada 3.1 peratus tahun hadapan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Kata Ahmad peningkatan hutang negara juga adalah selari dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan peningkatan berkenaan disebabkan perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi dan bukan disebabkan peningkatan perbelanjaan mengurus.
"Kita boleh belanja lebih untuk pembangunan kerana pembangunan menjana pendapatan, “ katanya.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga
menteri kewangan berkata, kini GST terbukti menjadi penyelamat ekonomi Malaysia
walaupun didakwa menyusahkan rakyat.
Katanya hasil kutipan GST dapat menampung kekurangan hasil kerajaan khususnya akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia.
"Senario ini (kejatuhan harga minyak) di luar kawalan kita tetapi syukurlah kita dapat menampung kekurangan hasil kerajaan kerana kita berani memperkenalkan GST.
Ketika
membentangkan Bajet 2016 Jumaat lalu, Najib memberi amaran harga minyak
dijangka kekal rendah tahun depan, dan hasil daripada sumber berkaitan minyak
dianggarkan berjumlah RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih
RM30 bilion.
Sesungguhnya
keputusan kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan
kejatuhan harga minyak lebih 50 peratus daripada paras AS$100 sebelum ini.
Najib berkata,
Petroleum Nasional Bhd (Petronas) menyumbang sejumlah dividen kepada
Perbendaharaan setiap tahun.
"Jumlah
dividen ini bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia," kata
Najib.
Beliau
berkata dalam tempoh setahun, dengan harga minyak mencatatkan purata AS$100
setong, pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam kepada
negara berjumlah RM62 bilion.
Akan
tetapi, senarionya berbeza apabila harga minyak turun kepada paras sekitar
AS$50 setong. Pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam
kepada negara, berjumlah RM44 bilion pada 2015.
Semalam
Najib berkata walaupun orang kata kerajaan tidak patut laksanakan GST atau
menyusahkan rakyat tetapi hakikatnya GST adalah penyelamat kepada ekonomi negara.
Beliau
menyatakannya ketika membuka pusat membeli belah Nu Sentral dan Menara 1
Sentrum milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di Kuala Lumpur semalam.
"Dan kalau ekonomi merudum rakyat akan menanggung kesusahan yang amat perit kerana antaranya kadar pinjaman naik lebih tinggi lagi dan setiap kita yang meminjam duit untuk kereta, rumah dan kredit kad terpaksa membayar kos lebih tinggi," katanya.
Pembangkang
semalam mendakwa Najib memboroskan wang negara dengan belanja jet peribadinya,
Airbus ACJ320, yang dianggarkan sebanyak RM40.8 juta bagi tempoh 6 bulan sejak
dibeli pada April lalu.
Setiausaha
agung PKR Rafizi Ramli berkata, anggaran kos itu meliputi kos sewa jet, kos
penyenggaraan, operasi dan pengurusan serta kos perjalanan ke luar negara
perdana menteri.
Najib
dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu mengumumkan kerajaan setakat
ini mengutip RM27 bilion daripada GST.
Bagi 2016,
kerajaan mengunjurkan kutipan GST sebanyak RM39 bilion.
"Jadi
kita mesti faham keadaan sebenarnya dan kalau kita lihat sepintas lalu kita
mungkin tak sedar keputusan kerajaan dilihat sebagai tak patut dan menyusahkan
rakyat.
"Hari
ini terbukti, GST satu langkah yang amat tepat dan wajar sekali.,” katanya.
Najib
berkata walaupun tindakan yang diambil kerajaan tidak bersifat populis namun ia
dibuat demi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Dalam
ucapan sama petang semalam, Najib turut
mengulangi kenyataannya sebelum ini yang membidas bajet bayangan yang
dihasilkan pembangkang yang menurutnya turut mengunjurkan pendapatan daripada
GST yang ditentang mereka selama ini.
"Jadi
nampaknya pembangkang ini ikut keadaan dan musim semasa. Apabila senang mereka
akan kata ya, apabila susah, mereka akan kata tidak ('when it is convenient
they say yes, when it is not, they will say no')," katanya.
Perdana
Menteri berkata melalui Bajet 2016, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
inisiatif bagi membantu rakyat termasuk anak-anak yang menyara ibu bapa diberi
pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500, masing-masing untuk ibu dan bapa.
"Ini
sekali gus dapat menggalakkan sifat penyayang kepada ibu bapa dan bukanlah
meninggalkan mereka di rumah warga tua," kata Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment