Pengaruh atau kelebihan siapa lebih hebat?
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz atau Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir?
Siapa yang akan dapat mempengaruhi kepimpinan tertinggi
Barisan Nasional (BN) dalam memilih calon BN di Parlimen Kuala Kangsar?
Beberapa nama sudah diserahkan kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbang sebagai calon Barisan Nasional
(BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan.
Namun yang menarik adalah perdebatan, sama ada calon mesti daripada kalangan setempat atau tempatan atau sesiapa sahaja yang boleh membawa kemenangan.
Mohamad Nazri berpendapat,
penampilan calon setempat diyakini mampu menjadi kunci kemenangan BN pada PRK
Kuala Kangsar itu.
Beliau berpendapat calon setempat merupakan kehendak
rakyat kawasan itu berbanding meletakkan calon luar.
Malah, beliau menamakan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN)
Manong, Datuk Ramly Zahari yang juga pernah menjadi Exco Perak sebagai calon
paling sesuai untuk bertanding.
Ramly yang digugurkan bertanding pada pilihan raya 2013
berkata beliau bersedia jika dicalonkan.
"Ini bukan masa yang sesuai untuk menguji kesetiaan rakyat dengan meletakkan calon dari luar kawasan. Walaupun UMNO kawasan Parlimen setuju untuk membawa calon dari luar tetapi kepimpinan tertinggi parti perlu berhati-hati membuat keputusan," katanya.
Beliau memberi amaran
mengulas desas-desus bahawa UMNO akan memberi ruang kepada calon luar
dan bukan anak setempat untuk bertanding dalam kedua-dua PRK itu.
Namun lain pula Dr Zambry yang berpendapat tidak timbul soal sama ada calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar anak setempat atau orang luar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu berkata keutamaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk meletakkan calon yang boleh diterima serta disukai pengundi sekali gus dapat membawa kemenangan besar kepada parti.
"Tidak timbul soal calon setempat atau tidak kerana pada tahap ini kita memfokuskan kepada calon yang boleh diterima, calon yang dikenali dan disukai," katanya.

Beliau yakin BN sentiasa membuat penilaian berdasarkan
kepada maklum balas oleh rakyat yang berada di kawasan berkenaan (kawasan
pilihan raya).
Pendapatnya itu seperti dikongsi oleh Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.apabila mengatakan BN akan meletakkan
calon yang bukan sahaja 'winnable' tetapi juga 'likeable'.
BN akan menyenarai pendek calon yang berpotensi dan
mengumumkan calon bagi kedua-dua kerusi itu seminggu sebelum hari penamaan
calon.
"Sebelum memilih calon, kita akan semak latar belakang dengan beberapa agensi agar calon-calon bersih daripada semua unsur negatif," katanya .
"Sebelum memilih calon, kita akan semak latar belakang dengan beberapa agensi agar calon-calon bersih daripada semua unsur negatif," katanya .
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.
Kekosongan kerusi P.093 Sungai Besar dan P.067 Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang mewakili BN menang dengan majoriti 1,082 undi, mengalahkan calon PAS Khalif Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Apa juga pendapat, sama ada berlainan atau sealiran, yang
penting, ia merupakan cabaran kepada UMNO dalam memastikan kesinambungan
kepimpinan parti itu di kawasan berkenaan.
Bagi pengundi muda di Kuala Kangsar, mereka mahukan
pemimpin yang mampu menepati janji dan tidak sekadar memberi 'gula'gula.
Ada mengatakan pemimpin yang dapat menyambung legasi
bekas Anggota Parlimen terdahulu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar
Wan Ahmad.
Bagi ADUN Chandan, Maslin Sham Razman berpadangan calon
yang diletakkan haruslah mempunyai pendekatan yang hampir serupa dengan
Allahyarham Wan Mohammad.
Bagi Adun Manong, Mohd Kamil Shafie pula, beliau percaya pucuk pimpinan lebih mengetahui siapa yang sesuai menjadi calon untuk memastikan kerusi Parlimen Kuala Kangsar kekal milik Barisan Nasional
Soal calon satu paekara tetapi yang lebih penting kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Mohd Kamil Shafie, semua pihak perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN dalam PRK itu demi pencapaian ekonomi, pendidikan, agama serta politik yang lebh baik.

No comments:
Post a Comment